Monday, June 10, 2013

Kenapa makanan kucing mengandungi ASH?

Sudah pasti kita mahukan buat yang terbaik untuk kucing kesayangan kita, samada dalam latihan(bermain-main), dandanan(grooming), tempat tinggal serta makan/minumnya dan antara yang paling penting adalah jenis makanan yang diberikan kepadanya. Dengan itu adalah perlu untuk mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai keperluan pemakanan kucing, berkenaan dengan jenis zat/khasiat dan sebagainya agar ianya sentiasa ceria, gembira, sihat dan bebas penyakit.

Kenapa ada ASH "abu" dalam makanan kucing?
Ini adalah kerana daging yang disediakan untuk makanan kucing dimasak pada suhu yang tinggi dan ianya meninggalkan sisa abu iaitu ASH (baki terbakar bukan organik yang tinggal selepas pembakaran & umumnya kandungan mineral daripada makanan,BUKANNYA abu yang diambil dari tempat pembakaran dan ditambah ke dalam makanan kucing!)
Dalam penilaian makanan haiwan ianya dipecahkan/dikategorikan kepada beberapa komponen: kelembapan, protein, lemak, serat dan karbohidrat .Apa sahaja yang bukan dalam salah satu kategori ini dipanggil dengan istilah umum 'ASH'. Oleh itu " ASH" mengandungi mineral dan vitamin dan lain-lain mineral serta penting untuk kesihatan kucing kesayangan kita.
ASH adalah istilah umum untuk himpunan mineral penting seperti kalsium, fosforus, magnesium, natrium, kalium, klorida, besi, zink, copper, manganese, selenium, iodin dan sebagainya di dalam makanan yang terhasil semasa proses memasak makanan. Sehingga kini ,ianya tidak dibuat pecahan mengikut setiap vitamin/mineral yang terdapat di dalam ASH dan dinamakan ASH secara umum  peratusan(%) adalah sikit saja antara 6-9 % tertulis di label produk. Sesetengah makanan kucing kesayangan ada juga yang menunjukkan jumlah secara berasingan untuk vitamin terpilih seperti magnesium, fosforus dan lainnya bergantung kepada syarikat pengeluarnya.

Mengapa makanan kucing mempunyai jumlah yang berbeza abu?
Abu boleh dihasilkan melalui pembakaran apa-apa bahan organik. Daging tambahan yang digunakan untuk membuat makanan protein yang lebih tinggi, dan ini menyebabkan kandungan abu lebih tinggi dalam banyak kes.Oleh itu, makanan dengan kadar yang lebih tinggi kandungan daging akan mengandungi lebih ASH = abu secara asasnya. Walau bagaimanapun, kualiti daging yang lebih baik akan menghasilkan abu kurang.
Kesan Sampingan?
Ianya tidak secara langsung memudaratkan kucing anda , malah "Ash"  adalah satu ukuran mineral yang perlu dalam makanan kerana kucing kesayangan memerlukan kalsium, fosforus, natrium, dan pelbagai jenis mineral lain , cuma sekiranya kucing anda mempunyai masalah dengan batu karang maka kadar kandungan "ASH "abu  yang rendah adalah penting dalam makanannya.Walau bagaimanapun, jumlah yang berlebihan bahan bukan organik ini boleh menyebabkan perubahan tidak normal dalam julat pH air kencing.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...