Nufnang Ads

Monday, February 10, 2014

Cara membuat kucing menyukai Kita

Kucing adalah haiwan yang sukar difahami apa yang difikirkannya.Mereka bukannya mudah menerima kehadiran kita sepertimana ditunjukkan oleh anjing yang mudah bermesra dengan kita walaupun baru dikenalinya. Kucing tidak selalunya datang apabila mereka dipanggil malah mereka tidak pedulikan kita walaupun berkali-kali namanya dipanggil.Perkara inilah yang menjadi kesukaran kepada kita bilamana mengambil-angkatkan kucing samada yang terbiar ataupun diberikan oleh teman/kawan kita.


Pemberi Makanan kepadanya:
Mengisi mangkuk makanan atau membuka makanan tin di hadapannya semasa menghidangkan makanan kepadanya adalah lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan,perhatian dan kasih saying terhasil antara kita dengannya.Lama kelamaan, kucing akan mula mencari orang yang memberi makan kepadanya kerana mereka sudah rasa kita sebagai "sumber bekas makanannya".


Mengambil Masa & Bersabar
Kucing selalunya mengambil masa untuk menjalin persahabatan terhadap sesiapa yang mereka temui termasuk kita juga.Mereka akan meninjau keadaan sekeliling yang baru baginya seperti kehadiran kucing/haiwan lain dalam rumah dan juga menilai tahap keselamatan di persekitaran pemilik barunya. Sesetengah kucing mengambil beberapa tahun untuk benar-benar menghasilkan satu "penerimaan" terhadap keadaan sekelilingnya. Kita harus bersabar dalam keadaan sebegini. Jangan sekali-kali menjerit atau memukulnya kerana ini akan mendorongkannya merasa tidak selamat dan disayangi .


Ketenangan PersekitaranKucing adalah haiwan yang pentingkan ketenangan/aman/sunyi dan cenderung untuk memilih tempat yang lebih tenang daripada persekitaran bising, sibuk dan riuh. Sebagai contoh,Jika anda pulang ke rumah  dan membuat bising dengan kuat atau mendekati secara tetiba-tiba ,sudah tentu tindakbalasnya adalah "Melarikan dirinya" bersembunyi.

Jangan Paksa Kucing adalah sangat pentingkan kebebasan dan berdikari atupun lebih gemari bersendirian. Mereka lebih cenderung untuk menjauhkan diri dari kita , tidak mahu diriba tidak datang apabila dipanggil dan sebagainya.Ini kerana mereka akan berbuat sesuatu terhadap kita bilamana mereka perlukan sesuatu seperti makanan, mahu keluar dan lain-lainnya.Jika paksaan terjadi terhadapnya sebagai contoh jika anda memaksanya duduk di pangkuan anda atau diriba ,ianya merasa terancam.

Setiap kucing mempunyai personaliti yang unik.Ada kucing yang suka berjalan antara kaki kita,ada yang suka melompat dan merapat dirinya kepada kita bilamana duduk di sofa,ada yang suka duduk di sebelah dan ada yang suka duduk di dalam bilik yang sama atau ada yang suka duduk di tempat tinggi ,di mana mereka boleh melihat kita dan sebagainya.

Adalah penting untuk kita mengambil masa untuk mengenali kucing yang baru kita ambil dan mengetahui apa kesukaaannya. Kucing itu akhirnya akan mempercayai kita dan membuat langkah-langkah ke arah menjadi lebih penyayang terhadap kita.


 

4 comments:

Anonymous said...

Salam, sorry sy ingin bertanya ttg kucing bergaduh. Sy ada 2 ekor kucing yg dah lama.tinggal bersama. Td mereka.bergaduh secara tiba2 dan x blh berdekat langsung. Knp ye?

Kucing Utara said...

salam,,,selalunya yg jdi mcm ni jika 2 2 tu adalah jantan..mereka trpaksa bersaing sesama sendri

syafa wani said...

ada org buang kucing yg pregnant.. lepas tu kucing tu beranak dekat atas siling rumah... lepas seminggu.. mum saya ubah anak dia dalam sangkar... dan tutup lubang siling tu... sy dah pujuk dia masuk dalam sangkar untuk susukan anak dia... tp dia tak mahu.. kesian anak dia... nak beri pada dia pon.. skrg kucing jantan byk yg ikut dia.. tiap hari dia menangis mntak anak dia.. kesian TT

Anonymous said...

nak tanye.. saye ade ank kucing jntan umur 4bulan(anggaran doktor mlalui gigi?).. then saye bli kucing btine umur 3bulan.. kucing jantan tu slalu kejar and gigit tengkuk kucing betina..die nak mengawan atau sbnrnye diorang bermesra ye?... kucing jntn tu xdr pulak tnjuk simptom nk mengawan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...