Saturday, February 22, 2014

Kucing-kucing di Jepun

Baru-baru ini ,K.U. berkesempatan mengunjungi negara matahari terbit iaitu Jepun iaitu di dua wilayah (Oguni Town,Yamagata dan juga Osaka City).Di negara ini memangnya terkenal dengan tahap kebersihan yang amat terkawal dan baik keadaan persekitarannya.Agak sukar untuk melihat/terjumpa tikus, anjing terbiar dan juga kucing terbiar.
Namun, kucing-kucing di bawah ni tidak dapat dipastikan samada terbiar kerana ianya agak sihat dan tiada kecedaraan /luka/sakit kulit dan sebagainya yang biasa terjadi kepada kucing liar.Mereka lebih mesra dan mudah dihampiri.

Kucing yang lepak di hadapan sebuah kedai 24jam "convenience shop",Oguni Yamagata


Kucing ini pula bersantai di hadapan restaurant , Minanimori Machi Osaka.Mudah mesra dan bermanja dengan sesiapa saja yang menghampirinya.

Rumah Kucing Sementara
Apa yang kami temui agak teruja juga kerana orang jepun membuat/binaan "rumah kucing" dari bahan-bahan yang dikitar semula untuk kucing-kucing terbiar di belakang rumah mereka untuk kucing tinggal di situ dan bebas keluar masuk.

"Rumah Kucing" berhampiran Osaka Castle

Kucing yang tinggal di "Rumah Kucing", Osaka


Secara umumnya , kucing-kucing terbiar di Jepun ini adalah lebih kepada baka tempatan iaitu berbulu pendek,lebat  dan badannya bersaiz besar , mempunyai berat badannya anggaran di dalam linkungan 6 hingga 8kg.


1 comment:

Honeys said...

Gemok2nyaaaa!
Comel comel :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...