Nufnang Ads

Saturday, September 17, 2016

Anak Kucing tiba-tiba lemah mendadak

Anak kucing yang setiaphari begitu aktif, ceria dan tidak kenal penat lelah kerana asyik bermain-main kejar dengan adik beradiknya tetiba menjadi lemah,tidak bermaya dan terhoyong-hayang bilamana cuba berjalan.Ini adalah simptom awal ianya mengalami masalah kesihatannya.
Persoalannya timbul dan agak ragu-ragu di fikiran kerana baru semalam ianya sihat waalfiat tetiba jatuh sakit mendadak.Kenapa ini boleh terjadi?

Anak kucing mudah diserang jangkit Virus
Feline Leukemia Virus (FeLV),
Feline Immunodeficiency virus(FIV)
Feline Infectious peritonitis (FIP)
adalah jenis-jenis virus yang mudah menyerang anak-anak kucing terutamanya jika mereka di besarkan di dalam persekitaran kelompok kucing yang yang tidak pernah divaksinkan.


Parasit/cacing 
Parasit usus juga penyebab utama anak kucing akan menjadi lemah serta tidak bermaya kerana segala zat makanannya diambilguna oleh parasit yang mendiami ususnya.Ini menyebabkan anak kucing itu sendiri tidak mendapat zat makanan yang mencukupi dan akhirnya menjadi lemah.


Heartworm:
Parasit yang merebak melalui gigitan nyamuk iaitu nyamuk adalah pembawa larva parasit jenis ini dan gigitannya akan menyalurkan larva kepada kucing.Kucing agak jarang dijangkitinya berbandingkan anjing.Sekiranya kawasan kediaman sekitar mempunyai anjing terutamanya anjing luar dan ini memudahkan jangkitan ini tersebar kepada kucing.

""Blood test"" adalah cara terbaik untuk kenalpastikan samada dijangkiti virus termasuk heartworm.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...