Sunday, September 25, 2016

Bagaimana Ibu Kucing menjaga anaknya sehingga umur 12 minggu

Bayi kucing baru lahir(0 minggu)
Di awal kelahiran anak kucingbergantung sepenuh hidup mereka kepada ibu kucing kerana mereka, masih lagi dalam keadaan masih "buta" serta "pekak"dan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka untuk mengawal suhu badan mereka, untuk makanan, dan juga untuk rangsangan pembuangan najis mereka.
Namun, ibu kucing akan meninggalkan anak-anaknya untuk seketika setiap hari untuk masa yang singkat tetapi lebih kerap.Ini adalah kerana untuk membiarkannya mereka tenang/selesa tertidur untuk proses tumberasan. Adalah lebih baik jika disediakan makanan dan air berhampiran tempat anak-anaknya untuk mengelakkannya tidak pergi jauh semasa hari-hari awal kelahiran anak-anaknya yang agak kritikal dalam penjagaan.

Kanak-kanak kucing (3 minggu)
Pada masa anak-anak kucing mencapai usianya 3 minggu, keadaan mata dan telinga mereka telah mulai berfungsi walaupun tidak sepenuhnya dan mereka mula belajar untuk berjalan sendiri. Mereka tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka tetapi masih memerlukan penjagaan asas dari ibunya sepertimana penyusuan,pembersihan dan sebagainya. Ibu kucing akan banyak meninggalkan anak-anaknya lebih lama dan akan kembali kepada mereka untuk tanggungjawab sebagai ibu. Masa ibu kucing menyusukan anak-anaknya adalah lebih pendek/singkat masanya.


Bercerai susu (6-8 minggu)
Apabila anak kucing mencapai umur antara 6 hingga 8 minggu, ibu kucing akan mula beransur-ansur menghentikan penyusuan kepada mereka. Pada ketika ini, kucing akan mula meninggalkan mereka agak lebih lama dari anak-anaknya iaitu kurang lagi menghabiskan masa tidur dengan anak-anaknya dan akan membiarkan mereka mula bermain-main semasa mereka. Pada masa ini dia juga akan mula mengajar anak-anaknya untuk memburu, untuk menggunakan kotak najis, dan kemahiran lain yang akan membantu mereka untuk menjadi kucing dewasa kelak.

Remaja (10-12 minggu)
Ibu kucing tidak lagi ataupun kurang menghabiskan masa dengan anak-anaknya dalam hal penjagaan mereka bilamana mencapai usia 10 minggu lebih tetapi ibu kucing masih mengajar anak-anaknya hal kemahiran yang penting dan sosialisasi sehingga mereka berusia 10 hingga 12 minggu.


Walaupun anak-anak kucing boleh dipisahkan seawal usia 6 minggu(untuk diberikan kepada tuan barunya), tetapi adalah disarankan agar ianya tinggal dengan ibu sehingga mereka sekurang-kurangnya 10 minggu. Ini akan memastikan ibu kucing mempunyai peluang untuk mengajar mereka sepenuhnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...