Tuesday, August 3, 2010

Cacing jangkiti Kucing

Anak kucing lebih terdedah kepada parasit yang menumpangi bahagian dalaman badannya.Ianya mudah dihinggapi beberapa parasit terutamanya jenis cacing.Roundworm & Tapeworm adalah yang paling kerap dikenalpastikan menjangkiti kucing.

Roundworm:
Cacing jenis ini berbentuk seperti spageti dan mendiami di dalam ususnya serta membentuk seperti bola.keadaan ini akan menganggu proses di dalam usus.Cacing jenis ini yang paling mudah menjangkiti kucing.
Tanda jangkitannya adalah seperti muntah,cirit-birit serta kembung perutnya.

Tapeworm:
Cacing ini memasuki ke system badan kucing melalui pemakanannya terutamanya dari pemakanan tikus liar serta kutu yang sudah dijangkiti.Cacing ini akan melekat di dinding usus dan menyebabkan ususnya membengkak atau bahagian perutnya akan mengembung.Tanda jangkitannya adalah cirit serta kerosakan pada bulunya (membotak).

 Fakta Penting:Jauhi diri dari mendekati kucing yang dijangkiti terutamanya dari kucing yang selsema,bersin bagi wanita yng mengandung kerana terdapat parasit yang boleh menjangkiti seperti parasit TOXOPLASMOSIS kerana boleh menyebabkan keguguran serta kecacatan pada janin.

Deworm adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah ini dan terdapat di dalam pasaran dalam bentuk pil.Rawatan untuk cacing (de-worm) sebaiknya hanya boleh dilakukan ketika berumur selepas 2 -3 minggu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...