Friday, August 6, 2010

Pemandulan kucing betina-Spay

Secara semulajadi tugas sebagai kucing betina "queen" adalah untuk melahirkan anak sebanyak yang mungkin dan umumnya melahirkan anak 2 kali setahun dengan puratanya 5-6 ekor setiap kelahiran.
Semasa musim mengawan tiba, queen akan mula membuat panggilan berulang-ulang untuk menarik kucing jantan selama beberapa hari sehingga hajatnya tercapai.
Ini mungkin akan menyusahkan sesetengah pembela kucing dan melainkan untuk tujuan "breeder".

Spay:
Pemandulan kucing betina "Queen" dikenali sebagai spay yang melibatkan pembedahan untuk membuang organ rahimnya.
Bahagian yang terlibat dalam proses pembedahan ini adalah organ pemberanakan seperti Ovari & Uterus.
Selalunya kucing yang dibedah perlu diwadkan semalaman di klinik selepas pembedahan dilakukan dan dibenarkan pulang keesokan harinya.Ini bergantung kepada keadaan kesihatannya selepas pembedahan.
Penjagaan rapi semasa dirumah adalah penting kerana kucing ini perlu diberikan pil ubat secara berjadual dan pastikan sentiasa ada air untukdiminumnya.
                           AJ kucing parsi yang sudah dibedah.

Kucing yang baru dibedah akan menghabiskan masanya hampir 24 jam untuk tidur.
Pembedahan yang dijalankan di petklinik adalah selamat dan selalunya kucing tidak menunjukkan sebarang masalah selepas pembedahan cuma kekadang akan mengiau kerana kesan luka bedah.
Dalam beberapa hari sahaja, bulunya akan mula tumbuh kembali serta sembuh kesan jahitannya.

Masa yang sesuai untuk pembedahan ini adalah ketika ianya berumur selepas 5 bulan kerana ketika ini rahimnya masih kecil dan memudahkan proses pembuangannya.Walaubagaimanapun dapatkan nasihat dari pakar sebelum dibedahkan.

Selepas spay:
Bagi kucing yang dimandulkan, tiada lagi "panggilan" yang akan dibuatnya kerana Uterus(perangsang keinginan sex) sudah dibuangkan,namun begitu ada juga kucing masih membuat panggilan untuk beberapa tahun yang pertama.Ini adalah kerana masih terdapat hormon betina yang terhasil dari punca yang lain. 
Terdapat juga kucing akan menambahkan berat badannya atau menjadi gemuk selepas dimandulkan.

8 comments:

along said...

saya nak spay kucing saya, tapi rasa mcm tak baik. perlukah dia berzuriat dulu. tak salahkah memandulkan kucing sebenarnya? sy risau dia akan jadi tak sihat dan kotor lepas beranak. dia belom on-heat lagi.

Kucing Utara said...

Yg terbaik..buat spay ni selepas dia bersalin buat kali pertama..taklah kejam sgt & untuk kebaikannya juga kerana kerap bersalin boleh dapat barah...
bagi kucing sya,sya tak buat spay kerana kesian plak..apa yg sya buat ialah beri ubat perancang kat dia..ini kena ambik 6 bulan sekali...

Maya Dhira said...

ade keburukkan x buat ni?

Kucing Utara said...

dri segi fizikalnya dia akan alami kegemukan dn mndatang bnyk penyakit yg kaitan obsesiti..

Kucing Utara said...

Yg terbaik..jgn buatla kesian..diapun ada keinginan..

Anonymous said...

Kenapa kucing semakin kurus selepas spay dan kurang makan..now semakin kurus....any advice

Kucing Utara said...

sila refer ke vet yg spay tu kerana berkemngkinan jngkitan kuman internally

Anonymous said...

kat mana saya nak beli ubat perancang kusing yang perlu bg 6 bulan skali tu...?? plezz...kat tempat tinggal saya agak payah nk dpt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...