Anak kucing yang sudah menjangkau umurnya 8 minggu baru boleh dimandikannya untuk buat kali pertamanya sekiranya perlu seperti kutu ,kurap dan sebagainya.
Tidak digalakkan dimandikan semasa umurnya terlalu muda iaitu kurang dari sebulan kerana ibu kucing akan sentiasa memandikan anaknya dengan menjilat seluruh bulu & badan anaknya dan ini boleh menyebabkannya dijangkiti selsema jika dimandikannya terlalu awal.
Kaedah jilatan dari ibunya ini dapat membantu:
a) Membuang bulu yang mati serta mengalakkan tumbuhan bulu peringkat ke 3
b) Air liur dari ibunya mempunyai banyak khasiat dalam penjagaan bulu serta kulitnya
c) Membersihkannya dari sisa dari kesan bersalin serta najis dari anaknya.
Sekiranya anak kucing sudah mulai pandai menjilat dirinya serta sudah mulai menggaru di bahagian lehernya kerana mungkin dijangkiti kutu ataupun hama kucing ,ini bermakna ianya sudah boleh dimandikan, namun yang terbaik adalah semasa berumur 8 minggu.
Cara yang terbaik memandikannya adalah :
1) Gunakan shampoo berubat(Flea) yang sesuai untuk anak kucing
2) Perlu pembantu ketika memandikannya untuk pertama kali kerana kucing tidak suka air.
3) Basah dan lembabkan seluruh bulu badannya dengan tuala basah.
4) Shampookannya dengan mengaru,menyikatnya untuk meratakan shampoo tadi.
5) Biarkannya untuk 3- 5minit tanpa bilas supaya shampoo tadi bertindak terhadap kutunya, perhatikannya agar ianya tidak menjilat badan.
*jangkamasa ini bergantung kepada kelebatan bulunya ,lagi tebal lagi lama.
6) Selepas tempoh itu, baru dibilas dengan air sambil mengaru-garu badannya serta cuci juga bahagian punggungnya.
*Kutu akan mulai jatuh dari badannya sekiranya terdapat kutu menghuni di bulunya.
7) Keringkan bulunya samada secara manual (dengan tuala) ataupun hairdryer(Ini agak menakutkan bagi kucing).
8) Sikat bulu-bulunya.

43 comments:
kalau anak kucing masih kecil tapi mak kucing sudah takde, macam mana nak bersihkan najis kucing tu? kalau lap2 sikit dengan air boleh ke?
ya betul2
bagi ibu kucing pula,masa yg sesuai untuk kita mandikan selepas beranak pula bila?
sebaiknya selepas 13mnggu..utk elakkn ibu mudah selsema dn shampoo mungkin memudaratkn anaknya melalui puting
Anak kucing baru sebulan tp mak dia mati kena langgar. Boleh ke mandikan dorang sbb dah comot Sgt.
sila lapkannya dgn tuala lembab utk bersihkannya..elakkan basah bahagian kepala kerana mereka mudah selsema
Assalam . Klau ibu kucing lepas bersalin boleh bagi mandi tak? Sebab dia kotor sangat dan dia tak mau jilat bdn dia. Bila letak dkt anak nk bg mnyusu dia x mau. Dan susu dia mcm x bnyk. Lps tu, dia mau minum ja. Bg makan dia tak mau. Tu pon tadi paksa jugak bg dia mkn . Saya bagi dia makan makanan basah yang kitten pnya. Normal tak klau bdn dia mcm panas dan lesu. Ka dia demam? Mcm mna nk buad? Terima kasih.
wasalam..memnag ibu kucing berkedaan kotor selepas bersalin dan ianya ambilmasa utk membersihkan diri sepenuhnya kerana lebih utamakn penjagaan anak2nya terlebih dulu.Jilat badannya sendiri akn di buat selepas ank2nya puas minum dan tertidur..masalah inilah yg ada utknya membersihkan diri mencari makann dll
hi. nk tanya, kucing umur 5 minggu yg dh reti jilat bulu dia boleh x mandi dgn syampoo kutu? sebab dia ada kutu yg sgt byk n asyik tergaru2. sy kesian tgk dia. tq:)
gunakan ubat titis ataupun spray..sbb mandikan diawal umur akn sebabknnya selsema
Waktu yang sesuai bagi Mandi kucing pada waktu pagi or waktu petang?? Tq_
sebaiknya petang sebab panas petang memudahkannya cepat kering
Salam. Anak kucing umur 1 bulan+ dah boleh guna ubat titis kutu ke? Saya belum berani mandikannya, tapi saya ada baca ubat kutu tu racunnya kuat. Anak kucing boleh mati. So, apa saya patut buat? Huhu..
salam..boleh sebb dititiskan beberapa titis sja di belakang lehernya...
Hai Kucing Utara, still soalan yang sama. Anak kucing saya baru berusia 1 bulan 2 minggu. Ibu dah x nak susukan malah bersihkan cara menjilat. So keadaan anak kucing still aktif tapi berbau busuk . Ada any cara ka selain MEMANDIKAN .maybe ada produk yang sekadar SPRAY bagi harum bau dia.
Jasa baik tuan puan untuk balas komen saya amatlah saya hargai
Mohon KUCING UTARA reply comment saya tadi ya
Boleh dimandikannya secara mengelapkan badannya dengan tuala lembab dan perlu dikeringkan bulu badan dengan bantuan hairdryer ini kerana Anak kucing awalumur mudah terkena selesema jika terdedah kepada air..
Anak kucing baru usia 3minggu..badan kotor kena najis bolehkah mandikan anak kucing?
lapkan badannya dengan tula basah dan keringkan sebaik2nya..elakkn bahagian muka/kepalanya utk elakkn selsema & demam..
assalamualaikum kucing utara..anak kucing saye baru 3 minggu tapi kurap dah satu badan...dapat dari mak die..ape perlu saye buat??
wasalam..daptkan cream kurap utknya.Boleh beli di petshop.
Ank kucing saya usia dlm sebulan lbh. Blh x dia guna syampoo yg sama dgn ibu dia? (shampu + perapi + anti bakteria).
tidak digalakkan seawal umur 1 bulan..jika perlu lapkannya dgn tuala basah dan elakkn bahagian kepalanya kerana kitten mudah selsema.
Hi kucing utara .. anak kucing saya baru 5 minggu tapi kutu dia terlalu banyak sampai keluar darah di badan badan kucing tersebut . mcm mana nak buang kan nya ? boleh mandikkan dia kah ? atau ada keadah lain lagi ??
kesian T.T
mohon balas :)
hi..utk kesan yg cepat gunakan spray kutu seperti brand frontline sebb ini meracuni kutu cepat dari memandikannya.
Hi kucing utara...anak kucing saya berumur 2 bln stgh...dah boleh dimandikan @ blom ye?
hi..boleh mandikannya dan elakkan membasahi bahagian kepalanya utk elakkan selsema..
Kucing utara.... Nk tnye skit.... Sy ade kucing bru je brank wktu pagi... Then mlm tu mk dy ttibe mati😢ssak nafas.... Ank dy still idup... Bley xxx nk tau cre nk brsih kn ank kucing tu sbb drah dr ibu dy still melekat... Sy dh cbe gne tisu bsah tp ssah nk ilang
agak agak harga ubat tu dkt kedai.brape ehh
Bila bleh mandikan ibu kucing? Klau saye mandikan die dgn yg sabun spray tu je bleh ke?
Berapa kali dalam sehari atau dalam seminggu mandi atau lapkan badan anak kucing ya?
Kucing saya lahir dgn tali pusat ad lagi.. saya da gunting mgikut kaedahnya dn slpas sehari kucing tu macam berak atau saya tak pasti tapi pada buntut nya macam ad najis. Boleh ke saya lap lap sedikit? Sebab dia baru dua hari lahir
..
lapkan bahagian buntut utk cucian tiada masalah...
hari tu saya beli di cenderawasih petshop jb, botol hijau kecik boleh pkai utk beberapa ekor just rm10 je
Saya baru jumpa seekor anak kucing tanpa ibu di tepi tong sampah. Nampak mcm belum seminggu lagi baby cat itu. Blhka kalau saya mandikan dia guna air suam? Sebab dia berbau sangat.
Anak kucing sya bru seminggu..tpi kutu nya banyak..sya kesian nnt klau makin besar bulu mkin pjg makin ssh nak nmpak kutu tuh...mcm mna ni..huhu kucing parsi tlebat sgt bulunya...
tlg jwb...lapkan saja jgn kena kepala ank kucing sng kna selsema...
(jwpn yg pasti sama akn diberi..ni msti xbaca dr atas)
Salam.ank kucing sy baru umor 2 bln.bole xsy hantar utk grooming?
Anak kucing jatuh dalam longkang tapi hidup lagi Saya Rasa usia dalam 3 minggu lepas Saya lap² dia terus cirit kenapa ya? And apa yang perlu Saya buat
Normal utk anak kucing awal usia berak cair.
kucing saya berusia 1 bulan lebih dan sekarang dia sakit. badannya selalu terkena air kencing sebab dia macam terlalu tak aktif. maknya pula dah tak hirau pasal anak dah. boleh ke saya mandikan anak kucing tu??
harap jawab ya saya dah tak tahu nak buat apaðŸ˜
boleh mandikannya secara lapkan bahagian kotornya dan elakkan muka/hidungnya kerana boleh selsema
Post a Comment