Saturday, September 25, 2010

Pemakanan Kucing ketika mengandung

Faktor pemberian makanan kepada kucing mengandung adalah amat penting untuk kesihatannya serta kepada anak yang dikandungnya.Memberinya secara berlebihan ataupun kurang boleh mengugat tumbesaran serta pembentukan anak kandungnya.

Selalunya kita hanya lebih tertumpu semasa ianya mengandung tetapi agak kurang beri perhatian selepas ianya bersalin.Sebenarnya di kedua-dua masa ini adalah amat penting dalam pemberian makanannya.

 Tip memberi makanan:
1) Air perlu disediakan sentiasa kepadanya setiap masa.
2) Semasa ianya mengandung sehingga 3 minggu , makanan yang disediakan adalah sama seperti biasa sebelum mengandung kerana anak kandungnya hanya mulai membesar semasa 3 ataupun 4 minggu dalam kandungan.Ini bermakna kucing tidak perlu sebarang penambahan makanannya pada masa ini.
3) Pemberian makanan yang lebih di masa ini hanya menambahkan kadar lemak(fat) kepadanya serta mengundang kegemukan dan ini mungkin boleh menyukarkannya ketika bersalin.
4) Semasa 3 minggu mengandung kucing juga akan mulai kurang makan untuk beberapa hari, selalunya lebih kurang 2- 7 hari.Keadaan ini adalah normal tetapi sekiranya ianya tidak makan langsung untuk 1-2 hari perlu dapatkan rawatan lanjut.
5) Semasa 4 - 6 minggu mengandung, anaknya sudah mulai membesar di dalam kandungannya dan penambahan makanan berkhasiat adalah perlu untuknya menambahkan tenaga.
6) Di akhir masa mengandung 9 minggu, berat badannya akan bertambah sebanyak 40-50%,berikannya makan sebanyak yang mungkin.
7) Ketika inilah perlu ditambahkan jumlah makanan yang diberikan kepadanya secara beransur-ansur, selalunya ia akan makan 50% lebih dari kadar sebelumnya dan akhirnya mencapai 2 kali ganda pengambilan makanan dari biasa.
8) Dimasa ini juga adalah baik menukarkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi untuknya.
  ***Boleh juga diberikan makanan kucing yang dibuat khas untuk "KITTEN" kepadanya kerana kaya dengan khasiat dan zat ****
9) Selalunya dalam masa 1- 2 hari sebelum hari bersalin,secara mendadak kucing akan mulai kurang makan.Tidak perlu dirisaukan tentang ini kerana ianya masuk waktu "puasa" sebelum bersalin.

6 comments:

Cik Mulut Ikan said...

kalau saya bwak pegi trim bulu kucing masa dya tengah mengandung..kucing tu bole kena stress ke???

Cik Mulut Ikan said...

kalo kucing tu mengandung bagi makan isi ikan campur dengan kuning telor boleh kan??? tpi elok ke untuk kesihatan baby dya??

Kucing Utara said...

ok...xda masalah sebab kuning telur kaya dgn nutrient cuma elakkan putih telur sebab ada avidin yg tak sesuai utk kucing.

Unknown said...

Boleh ke kalau bagi mkn mknn kucing yg biasa tu

Kucing Utara said...

xda masalah...

Unknown said...

boleh kh bagi kucing mandi masa dia mengandung?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...