Membelai ,bermain dengan kucing, membelanya memang seronok tapi ada satu kerja yang tak begitu seronok iaitu kena cuci "tandas"nya....
Kalau tak buat tu........alamatnya hapak la satu ruang rumah....
Ini tips yang saya amalkan:
1) Gunakan pasir kucing yang bertindak dengan najisnya membuat ketulan.."Clumping" supaya senang dicedok buang hari-hari.
2) Ada juga pasir yang boleh dijemur untuk menyejatkan air kencing yang tersimpan didalam pasir.
Cara Mencuci tray pasir:
1) Buangkan kesemua pasir kotornya.
2) Basuh keseluruhan tary dengan "bleach" yang ada dirumah untuk memutihkan baju..tapi jangan pakai "bleach" yang terlalu tinggi kepekatannya kerana boleh bertindak balas dengan air kencing kucing(ammonia).
3) Basuh dan bilas dengan air panas(mudah untuk rumah yang ada shower air panas)
4) Tuangkan air panas ke tray dan biarkannya bertakung selama 10 minit.
5) Keringkannya dan masukkan pasir baru.
Tips:Sebelum tuangkan pasir baru ke dalam tray, taburkan "baking soda"permukaan tray selapis ,kemudian baru dituangkan pasir kucing sedalam 1-2 inci saja (Kucing tidak suka kalau terlalu banyak pasir dan ianya akan mula mengorek).
Baking soda ini akan menyerap bau dari najisnya terutamanya bau hancing kencing.....
1 comment:
tenkiu ye info tu
Post a Comment