Kucing juga disukai oleh kartunis tempatan di dalam penghasilan kartun mereka.
Di antaranya kartunis komik yang terkenal adalah Lat dan Nan menghasilkan karekter kucing sebagai "pelakon" sampingan dalam suasana kehidupan orang melayu.
Kucing yang namanya "Cemong" muncul dalam cerita "Mat Som" dan dalam babak ini Cemong telah mencuri ikan goreng Mat Som semasa dia sedang mandi dan mengejarnya- Hasil Kartunis Lat
"Din Teksi" kartun bersiri yang disiarkan dalam utusan malaysia/mingguan malaysia dalam tahun 80an dan watak kucing kurus hitam yang bernama "Pe'ah" sebagai kucing belaan keluarga ini.Pelbagai ragam kucing dihasilkannya namun kemunculan tidaklah selalu-Hasil Kartunis Nan.
No comments:
Post a Comment