Monday, October 11, 2010

Kenapa Kucing Kentut

Kucing juga boleh kentut seperti kita juga dan sebab-sebabnya juga sama seperti manusia diatas alasan sistem penghadaman dalam perut.
Bagaimana terhasil:
 Sebab utamanya adalah kegagalan sistem penghadamannya dan ini disebabkan jenis makanan yang dimakannya. Sesetengah makanan yang diambilnya mengambil masa yang lama untuk hadam serta makanan yang tidak dapat dihadamnya di makan flora/kulat.
Bakteria dalam ususnya bertindak keatas makanannya serta mengeluarkan gas.Bakteria ini hanya bertindak kepada makanan yang bersesuaian dengannya dan makanan yang tidak hadam ini akan di'makan" pula bakteria lain seperti flora/kulat serta mengeluarkan gas serta berbau.

Puncanya:
Makanan bijirin seperti nasi,gandum,jagung dan sebagainya kerana kucing tidak berupaya menghadamkan makanan jenis ini.Tetapi makanan yang dibuat oleh pengeluar makanan kucing sudah diformulakan untuk mudah hadam baginya walaupun mengandungi bijirin ini.

Kenapa berbau busuk:
Kucing mengambil protein yang kadar tinggi dan semasa proses penghadaman protein terhasil gas kerana protein kaya dengan sulfur.Sulfur mengeluarkan bau yang sangat kuat serta busuk selepas tindakbalas dengan bakteria di dalam ususnya.
Cara atasi:
1) Berhenti berikannya makan makanan berasas bijirin yang tidak hadam.
2) Jangan biarkannya makan gelojoh (selalunya kerana terlalu lapar) sehingga ia makan terlalu cepat serta tidak sempat hadam.
3) Berikannya makan sekerap yang mungkin tapi sikit-sikit (2 jam sekali)
4) Berikannya minum yoghurt kerana boleh menambahkan bakteria baik membantu penghadaman.
 Fakta menarik:Kucing tidak kentut seperti yang kita alami,disebabkan kedudukan ususnya mendatar ianya akan melepaskan "angin"nya sikit-sikit tanpa bunyi.



1 comment:

Unknown said...

Oo,,kalau berbunyi tu kenapa ye? Kucing saya kentut bunyikuat sampai terkeluar najis dia kat atas lantai..tapi takde la cirit pun..bila disergah,terus dia lari pergi kentut kat depan tandas..bunyi kuat, nak lawan manusia punya,,ha2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...