Kucing juga memerlukan makanan yang seimbang dalam diet hariannya.
Makanan yang berzat serta memenuhi kehendak zat makanan kepadanya adalah sangat penting ,bukannya hanya memberinya makan untuk kenyang saja...kalau kenyang pun tetapi kurang berkhasiat tiada gunanya....
Bagi memilih makanan yang terbaik & sesuai untuk kucing adalah berasaskan kepada keperluan zat dalam dietnya.......
Zat makanan yang diperlukan:
Kucing memerlukan 5 jenis zat dalam dietnya iaitu protein, Karbohirat,lemak,vitamin dan mineral.
Makanan yang berzat serta memenuhi kehendak zat makanan kepadanya adalah sangat penting ,bukannya hanya memberinya makan untuk kenyang saja...kalau kenyang pun tetapi kurang berkhasiat tiada gunanya....
Bagi memilih makanan yang terbaik & sesuai untuk kucing adalah berasaskan kepada keperluan zat dalam dietnya.......
Zat makanan yang diperlukan:
Kucing memerlukan 5 jenis zat dalam dietnya iaitu protein, Karbohirat,lemak,vitamin dan mineral.
Protein:
Protein menghasilkan asid amino yang diperlukan untuk memulihkan tisu yang rosak serta tumbesarannya.
Protein juga merupakan sumber tenaga kepadanya dan lebih diperlukan kepada anak-anak kucing.
Kucing akan menggunakan hampir 95% dari protein yang dimakannya serta semasa proses penghadaman protein hanya 5% saja akan dibuangkan melalui najisnya.
Karbohirat:
Kucing tidak memerlukan langsung karbohirat dalam pemakanannya dan kucing boleh hidup tanpa sumber makanan ini.
Walaupun begitu karbohirat boleh membantunya mendapat sumber tenaga yang diperlukan terutamanya kepada kucing mengandung ataupun yang sedang menyusui.Karbohirat adalah sumber fiber kepadanya yang kebanyakannya tidak dapat dihadamkan serta terbuang melalui najis akhirnya.
Makanan seimbang hanya perlukan karbohirat 40% saja dalam dietnya.
Lemak:
Keperluan sumber lemak hanya kurang dari 9% saja untuk kucing sebagai sumber tenaga utamanya dan lebihan lemak akan menyebabkannya gemuk.
Vitamin & Mineral:
Kucing memerlukan vitamin A, D, E, B & K dalam diet hariannya.
Jangan berikannya berlebihan kerana ini mungkin memudaratkan kesihatannya.
Sebagai contoh jika diberikannya vitamin A berlebihan boleh menyebabkannya mengalami masalah arthritic pada kaki & tulang belakangnya.
Buatlah pemilihan yang terbaik untuk kucing kesayangan berdasarkan pada kehendak makanan seimbangnya bukannya berdasarkan kepada cost ataupun brand produk.....
10 comments:
kalau ezan, bagi dania makan blackwood, murah dan bagus :)
blackwood tu..okay la mmng sesuai utk budget sederhana tapi lebih baik dari yg ada kat hypermarket tu...
Meow mkn royal canin & IAMS
hari tue try iams, tapi dania tak tahan, asik poo poo lembik jew, now sekarang pakai blackwood ngan bagi wetfood evo
okey la tu klau bagi dia makan Blackwood..IAMS & blackwood lebih kurang sama je..dan juga blackwood lebih murah..
mkanan Blackwood ni jenis dryfood ke?? tapi x prnah nmpak di pasaran pun..kena beli online ke..?? adakah mkanan dryfood dan wetfood yg ada di pasaran kurang sesuai utk kitten??
makanan kucing yg premium ni mcm2 brand ada di pasaran ,,boleh didpati di petshop dn klinik hawan...apa yg penting mknn kucing mestilah memenuhi AAFCO Cat Food Nutrient Profile.
yg selalu sy nmpk di hypermarket hanya brand whiskas, friskies dan smartheart...adakah ini jnis2 makann premium..? klink haiwan tak ada jual mkanan kucing....
1)Premium bermaksud makanan yg dibuat dlm kualiti tinggi menggunakan sumber protein dri daging sebenar samada dri ayam dll bukannya sisa dari daging "by product"(serta pengilangnya mempunyai Vet/researcher yg sentiasa menyelidik hal diet kucing sbb tu harganya mahal)...serta juga tiada bahan awet,pewrna tiruan sbagai tambahan>>bahan yg memudaratkan kucing..
2) xsemua klinik haiwan ada jual sbb ni sampingan sja...carilah di petshop
Hai.. Mcm mne nk bg kucing gemuk dn sihat? Kucing sy brumur 2 bulan lebih tp makin membesar ni makin kurang makan. Main je yg lebih. Sy bg mkn rc 34. Satu lg sy nk tanya... Klu hri2 bg dia mkn ayam rebus cmpur rc tu bole ke sbb klu mkn ayam rebus bru selera sikit dia mkn.
Saya baru memiliki british shorthair... apakah pemakanan yg paling sesuai utk bsh ni...
Post a Comment