Wednesday, October 6, 2010

Grooming atasi bulu kucing gugur

Disertakan beberapa cara yang terbaik untuk membantunya:

Sikat

Keguguran bulunya dalam dikawal sekiranya bulunya disikat selalu (setiap hari ketika keguguran)kerana ini membantunya menpercepatkan proses ini dan tinggal bulu yang baik sahaja.
Sikat bulu-bulunya secara perlahan-lahan dan dilakukan dalam masa yang singkat saja serta berhenti sekiranya kucing tidak berasa selesa.Tidak perlu dipaksanya kerana dilakukan setiap hari.

Kebaikan menyikat bulunya:

  • Kekerapan menyikatnya akan membuang semua bulu yang gugur serta mati
  • Mengurangkan pembentukan "hairballs"terutamanya kucing yang berbulu panjang.
  • Menjaga bulunya sentiasa lembut serta menghindarkan bulunya kusut.
  • Menjalin perhubungan antara kita dan kucing
  • Semasa menyikat juga boleh dikesan sebarang jangkitan kulitnya.
Mandi

Memandikannya juga dapat membantu mengatasi masalah keguguran bulunya
Kucing berbulu separa panjang seperti Maine coon perlu dimandikan dengan kekerapan setiap 2 minggu.
Kucing berbulu panjang seperti Persian perlu dimandikan setiap minggu dan mukanya perlu dicuci sekurang-kurangnya sehari sekali.

 Pemakanan

Faktor makanannya juga menyumbang kepada keguguran bulunya.Pemberian makanan premium yang mengandungi zat yang membantu penjagaan bulunya adalah yang terbaik.
Makanan yang mengandungi omega-3 fatty acids adalah bersesuaian kerana ianya membantu menguatkan bulunya.Antara produk yang terdapat di pasaran adalah brewer yeast berbentuk pil dan codliver oil.

***Sekiranya kucing mengugurkan bulunya terlalu banyak sepanjang tahun secara berterusan kemungkinan kucing mengalami alergik kepada makanan ataupun kesan habuk dari persekitrannya*****

5 comments:

Nanie Eeteuk said...

shampoo apa yang bagus untuk kucing?Coz kucing saya bulu banyak gugur...

Hanizal Basir said...

meh ler tengok kucing saya kat

http://profzoro.blogspot.com/

Unknown said...

Tgkgamj

Unknown said...

Kucing parsi semi flat face dari baka apa ye?

Kucing Utara said...

2nd or 3rd or ....dri persian highnose

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...