Saturday, October 16, 2010

PengecahanToxoplasmosis Najis Kucing

Terdapat sejenis parasit "Toxoplasmosis" yang boleh memudaratkan kesihatan kita.
Ianya boleh didapati serta mudah "menginap" dari sumber berikut:
1) Daging mentah
2) Daging separuh masak
3) Sayur & buah yang tidak dibasuh
4) Kotak pasir kucing yang sudah kotor
5) Najis kucing di luar 

Kebanyakan dari kita hanya menganggapkan yang hanya demam biasa bila dijangkitinya kerana simptom adalah sakit kepala,demam, sakit otot & sendi serta sakit di leher dan akan sembuh atas tindakan antibodi kita.

Walaubagaimanapun parasit ini dapat diatasi dengan antibodi kita tetapi masih berisiko tinggi untuk perempuan mengandung yang boleh menyebabkan keguguran.


Risikonya:
Wanita mengandung yang dijangkitinya berisiko serta menyebabkan bayinya hilang pendengaran,terencat akal serta buta kelemahan tumbesaran otak dan juga kerosakan matanya.

Bagaimana ianya merebak:
Kebanyakan jangkitan ini merebak kerana ketika kita mencuci kotak najis kucing dan secara tidak langsung tersentuh mulut kita sebelum cuci tangan semasa menukarkan pasirnya ataupun tersentuh najis kucing diluar rumah semasa "gardening" laman.

Cara Pencegahan:

USFDA menyenaraikan garis panduan untuk pengecahannya:

1) Sentiasa memakai sarung tangan pakai-buang serta cuci tangan secara menyeluruh dengan sabun berubat bersama air suam selepas menukar kotak najis kucing.
2) Tukarkan kotak pasir setiap hari kerana parasit ini hanya boleh merebak selepas 1-5 hari selepas buangan najis dari kucing.
3) Beri kucing makan makanan kucing seperti dryfood ataupun makanan kucing dalam tin adalah lebih selamat dan jangan memberinya sebarang daging mentah berisiko mempunyai parasit ini.
4) Elakkan kucing yang dibela di dalam rumah dari berhubung terus dengan kucing yang bebas diluar.
5) Elakkan memegang,menyentuh kucing liar terutamanya anak kucing, basuh tangan serta merta jika tersentuhnya.
6) Wanita mengandung dilarang sama sekali menyucikan ataupun menukar pasir najis kucing yang kotor.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...