Wednesday, October 20, 2010

Rumput Terbaik untuk Kucing

Pelik tapi benar ,kucing pun makan rumput didalam dietnya sendiri.Namun begitu tiada apa yang dapat membuktikan alasan ataupun sebabnya kucing memakan rumput secara saintifiknya.

Kita juga mungkin pernah terlihat kucing akan menghidu rumput-rumput di halaman kemudian akan mengunyahnya.

Jenis rumput terbaik untuk kucing:
Dikenali di kalangan pembela & peminat kucing,rumput ini dipanggil sebagai"CAT GRASS".
Cat grass adalah rumput yang berasal dari bijibenih bijirin "oat" ataupun gandum iaitu sama dengan bijirin sarapan pagi yang kita makan di waktu pagi.
Apabila bijibenih bijirin oat ataupun gandum disemaikan ianya akan tumbuh berdaun hijau yang kaya dengan dengan klorofil,antioxidant,vitamin ,mineral serta amino asid.
Namun begitu tidak dipastikan samada kucing juga mengambil faedah dari sumber-sumber ini setelah memakannya.

VITA GRASS -bijibenih cat grass bijirin gandum yang boleh didapati di Petshop


Antara faedah kepada kucing yang boleh dipercayai:

1) Membantu sistem penghadaman kucing dengan mengeluarkan hairball melalui muntah ataupun najisnya.
2) Klorofil pada daun hijau dalam menyegarkan pernafasannya.
3) Sumber fiber protein untuk kucing.
4) Cat grass yang berasaskan bijirin oat & gandum memang disukai kucing kerana rasanya.

"CAT GRASS ini mudah ditanam di dalam rumah"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...