Monday, October 18, 2010

Waktu memberi kucing makan

Waktu yang sesuai memberi kucing makanan adalah penting kerana kucing mempunyai naluri yang kuat ketika hendak makan mengikut "jam biologi"nya.
Waktu makannya lebih teratur dan berjadual macam kita juga seperti "breakfast,lunch &dinner time".

Sekiranya kita hanya memberi tanpa mengikut jam biologinya , akhirnya membuat rumusan yang salah tentangnya....Seperti 'kucing saya tak mau makan la' atau "kucing saya cium makanan ,makan sikit je" dan sebagainya.
Keadaan ini boleh membazirkan wang serta masa kita kerana kita beri waktu dia tidak makan, manakala bila dia hendak makan , makanan dah kering "masuk angin".

Waktu Kucing Makan:

Waktu pagi-Breakfast & lunch
Waktu petang- Dinner
Kedua-dua waktu ini adalah masa yang terbaik memberi kucing makan dan secara umumnya kucing tak ambil lunch sebab dia makan banyak masa breakfast.
2 cara kita boleh memberinya makan:
Pertama (bebas makan mengikut kehendak hatinya):
Dengan memberinya makan makanan jenis "dryfood" di waktu pagi dan di waktu petang.
Kucing akan memakan semasa breakfastnya di waktu pagi dan bakinya akan di makan pula secara sikit-sikit sama seperti kita makan "snack" sebelum lunchtime.Begitu juga di waktu dinnernya di sebelah malam dan makan bakinya sikit-sikit sebelum tidur.
Cara ini agak sesuai untuk tuannya yang bekerja dan kurang masa untuk melayannya serta menjimatkan masa & wang.


Kedua: Makanan segar (Makan hidang)
Cara ini sama seperti kita makan waktu lunch ataupun dinner yang perlukan makanan yang "fresh" ataupun baru dimasak serta makan hidang di meja makan bukannya nasi bungkus sekadar makan melapik perut.

Makanan yang sesuai adalah seperti makanan dalam tin ataupun "homemade" resepi untuknya dan dihidangkannya di waktu breakfast dan dinner.
Kucing lebih suka cara ini kerana ianya lebih fresh serta mengenyangkan dan puas.(sama seperti kita juga ,akan tetap cari nasi walaupun sudah makan makanan lain)
Baki makanannya perlu di buang segera dan ianya tidak perlukan lagi makanan sampingan "snack" di antara waktu-waktu makannya kerana makanan jenis ini lebih mengenyangkan.


Tips:
1) Kucing dewasa hanya perlu diberi makan waktu pagi dan petang sudah memadai iaitu 2 kali sehari ataupun boleh juga 3 kali sehari(dengan tambahan waktu tengahari).
2) Anak kucing perlu diberikan makan lebih kerap mengikut umurnya bermula 5 kali sehari dan beransur-ansur menjadikannya makan 2-3 kali sehari semasa membesar sehingga dewasa.

4 comments:

Fatin Husna said...

kucen sy hny mkn frieskies dry food perise ocean fish,.. bnd len x mo

Kucing Utara said...

kalau boleh tu..kena bagi dia makan daging sama ye...ikan aje tak baguih la..Kucing ni mmg la gitu prangainya..kalau tukar mendadak ..tak makan punya.kena campur sikit-sikit dgn yang baru..lama2 dia makan lah....

wanie murnie said...

kucing saya kul 5 pagi breakfast dan siap naik atas katil kejutkan kita suruh beri sarapan, pukul 11.30 lunch,pkl 4ptg sarapan ptg dan kul 7 dinner.

Unknown said...

Kcng sy 2 sekor tu suka berebut mkn smpi sekor lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...