Peristiwa yang amat menyayat hati iaitu apabila kucing jantan akan membunuh anak kucing yang baru dilahirkan dan peristiwa ini mungkin berlaku tanpa kita sedari ataupun kita nampak sendiri.Tingkahlaku kucing jantan sebegini adalah berpunca dari beberapa sebab tertentu di alam masyarakat kucing dan sudah menjadi asam garam kehidupan ataupun lumrah hidup mereka.
Anak-anak kucing yang baru berumur 7 hari dan keadaan mereka masih lagi lemah ataupun dalam keadaan yang boleh dianggapkan separa lumpuh/sedar.
Bapa kucing kepada anak-anak kucing diatas juga berupaya membunuh anaknya sendiri
Kenapa bapanya sendiri boleh membunuh anak-anaknya?
~Keadaan ini berlaku kerana kucing jantan akan membunuh anaknya sendiri adalah disebabkan nafsu serta keinginannya untuk mengawan dengan ibu kucing yang baru melahirkan anak.Ini kerana ibu kucing akan amat mudah menunjukkan sikap galak "heat" selepas beberapa hari melahirkan anak.Kehadiran anak-anak kucing boleh menyebabkan ibu kucing terlalu sibuk melayani anaknya dan dengan cara membunuh saja dapat menghalangnya.
~Kesilapan pandangan bapa kucing itu sendiri serta bersifat pemburu.Kucing jantan nampak anak kucing sepertimana tikus dan kekurangan sumber makanan.Punca sebegini lebih banyak terjadi kepada kucing yang hidup di alam luar/liar kerana terpaksa memburu untuk hidup.
Kucing jantan yang lain tinggal serumah ini lebih cenderung membunuh anak-anak kucing yang bukan bakanya
Kucing jantan bersifat sebagai "Raja" ianya akan membunuh zuriat yang bukan darinya kerana tidak menerima baka ataupun mahu keturunan lain (dari bapa kucing yang lain walaupun tinggal serumah dengannya) hidup kerana boleh menggugat kedudukannya serta menunjukkan kekuasaan wilayahnya kepada bapa kucing yang lain ,kawasannya dicerobohi serta ibu kucing adalah miliknya.Keadaan ini berlaku jika terdapat 2 ekor kucing jantan yang tinggal serumah.
Kucing jantan hanya menerima anak-anak kucing dari bakanya sendiri dan jika tidak ia akan membunuh.Sifat ini seumpama yang ada pada seekor singa....
***Apa-apapun dari alasan diatas samada bapanya sendiri ataupun kucing jantan lain ,sebagai jalan terbaik ibu kucing dan anak-anaknya perlulah diasingkan untuk mengelakkan peristiwa seperti ini berlaku***