Memiliki & Membela kucing ni memang agak "costly" sikit bermula dari pengambilannya sehinggalah penjagaan seharian.Bagi yang betul-betul berminat serta berkemampuan sudah tentu dapatkan baka-baka yang baik terutamanya baka parsi dan jika mampu tu tentu dicarinya baka yang mahal seperti bengal ataupun maine coon.
Kucing kampung pun tidak kurang kelebihannya kerana setiap kucing ada keunikan tersendiri.Jika kita membela kucing kampung pun jika dilayan dengan baik dari segi pemakanan,tempat tinggalnya,"grooming" ,rawatan dan sebagainya.Ianya juga boleh menjadi cantik seperti mana kucing berbaka yang lain malah juga boleh mengalahkan kucing lain.
Kucing kampung ni ,agak besar saiznya boleh mengalahkan saiz kucing "maine coon" yang biasa kita lihat,terkejut juga masa melihatnya"besarnya kucing ni".Umurnya pun baru setahun tetapi badannya begitu besar.Ini kerana tuannya memberikannya makan makanan kucing "premium" yang lebih pentingkan khasiat yang diperlukan oleh kucing dan juga selalu membuat pemeriksaan kesihatan serta rawatan.
Faktor yang lain , mungkin juga ini penyebabnya menjadi besar adalah kucing ni sudah dikembirikan seperti yang kita dengar "Kalau nak kucing kita gemuk ,kenalah kasi ataupun kembirikannya".Tetapi kucing ni bukannya saja gemuk malah besar dari segi susuk tubuh badannya....
Kucing ini juga baka campuran kampung bernama "WhiteFace' pernah dimiliki kucing utara tapi dah hilang...
***Kucing kampung pun tidak kurang kelebihannya, apa-apapun semuanya bergantung kepada cara kita membela serta melayannya***
6 comments:
besaq sungguh la kucing ni....kalau dapat...best ni peluk...hehheh
memang pun besar!!! namanya Tam..sgt suka naik kreta
ala comelnya....suka naik kereta....mesti comel sangat....
bila naik kereta tu selalu duduk di depan...jdi isteri pula duduk kat blkg..macm baby plak..
hahhaha....geramnya....rasa mcm nak jumpa je dgn dia....eeee....kalau DeQdEq dapat...
biar betoii??besaqnya....
Post a Comment