Sunday, February 20, 2011

Protein sumber penting untuk kucing

Kucing merupakan haiwan karnivor dan memerlukan protein dalam diet makanan sehariannya.Protein yang diperlukannya adalah dari sumber daging yang kaya dengan nutrisi ini bukannya dari protein yang perlu dileraikan dari sayuran atupun bijirin kerana sistem penghadaman kucing tidak dapat berfungsi sepenuhnya untuk menguraikan protein dari sumber ini.
Sumber Protein:
Protein dari daging yang dimakannya adalah sumber utamanya untuk memperolehi secara-terus asid amino secara semulajadi terutamanya Taurine kerana kucing tidak berupaya menghasilkan "taurine" dalam sistem proses penghadamannya.Secara semulajadinya,kucing akan memakan haiwan lain(seperti tikus,burung dan sebagainya) yang sudah memproses "taurine" ini.Tidak seperti anjing yang boleh menghasilkan "Taurine" dalam sistem badannya.sebab itulah makanan anjing tidak sesuai untuk kucing kerana tiada "Taurine" dalam makanan yang dikilangkan untuk anjing."Taurine" adalah sumber penting untuk kucing bagi menjaga mata dan jantungnya.Kekurangan "Taurine" dalam diet makanannya boleh mengugatkan tahap kesihatan mata serta jantungnya.

Keburukan protein dari bijirin.
~Kucing agak sukar untuk memproses protein dari bijiran kerana sistem penghadaman tidak diciptakan untuk berbuat demikian.
~Kucing boleh menghadapi risiko masalah buah pinggang,masalah pengkumuhan serta berat badan.
~Protein yang dapat dihasilkan adalah terlalu sedikit dari nisbah yang di makannya dari sumber ini.
~Kekurangan protein boleh menyebabkannya masalah mata & jantungnya.
~Kucing akan makan lebih banyak kerana perlukan protein sekurang-kurangnya 30-40% sehari dan ini membuatkannya cepat gemuk yang tidak sihat serta lebih mahal dari segi pembelanjaan makanan kucing.


***Rumusan penting:Kucing tidak menghasilkan Taurine dengan sendirinya tetapi mendapatkannya dari sumber daging haiwan lain yang sudah tersedia dengan Taurine ,memberikannya makanan yang kaya dengan Taurine perlu diutamakan***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...