Tuesday, March 15, 2011

Anak Kucing Berumur 6 minggu

Anak kucing yang sudah mencapai umurnya 6 minggu sudah pun boleh dianggapkan pembentukan fizikalnya adalah sempurna seperti warna matanya, sudah boleh menggunakan ke empat-empat kakinya dengan sempurna,seperti berlari ,melompat dan sebagainya.

Selepas 6 minggu
~ Sudah mulai melalui proses "weaning" ataupun putus susu dari ibunya
~Mulai mempelajari memakan makanan pejal seperti dryfood.Ini perlu diberi perhatian kerana ketika proses ini anak kucing mungkin akan mengalami muntah dan juga faktor penting untuknya menambah berat badannya.
~ Sudah boleh berak & kencing dengan sendirinya dan perlu disediakan kotak pasir untuknya kerana kucing secara nalurinya akan menggunakan kotak pasir tanpa perlu diajar.
***TIPS: jangan gunakan pasir jenis "Clumping Litter"iaitu menjadi ketulan kecil selepas digunakan ,kerana anak kucing akan cuba memakannya kembali ****


~Memerlukan ruang yang luas untuknya bermain kerana anak kucing sudah mula bersosial sesama adik-beradiknya dan juga boleh diberikannya toys seperti scratching pad untuk belajar mencakar.
~Sudah boleh diberikan ubat cacing ataupun "deworming" dan jangan diberikan kepada anak kucing yang tidak sihat.Dapatkan nasihat dari vet tentang deworming ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...