Ketika anak kucing sudah mencapai umur 4 minggu, perubahan ketaranya secara fizikal adalah tumbuhnya gigi pertama dan gigi-giginya tumbuh secara berperingkat-peringkat.Ini bersesuaian untuknya belajar makan sendiri seperti cubaan mengunyah-gunyah makanan ditiru dari ibunya tapi bukannya sebagai sumber makanan utamanya lagi.
***Jangan pisahkan dari ibunya jika sudah mengunyah makanan sendiri seawal usia ini kerana anak kucing masih bergantung antibodi dari susu ibunya***
Tumbuhan gigi pertama
Pertama sekali adalah gigi kacip (Insicor) di bahagian hadapan rahangnya dan gigi ini mulai tumbuh seawal usianya 2 minggu dan sempurna semasa berusia 4 minggu.
Kedua adalah gigi taring ataupun siongnya(Canine) di sisi rahangnya dan gigi ini pula mulai tumbuh semasa usianya 3 minggu dan sempurna semasa berusia 4 minggu.
Ketiga adalah gigi geraham (Premolar) pula hanya mulai tumbuh selepas ianya berusia 4 minggu dan sempruna semuanya ketika mncapai usia 6 minggu.
Akhir sekali, gigi geraham besar (Molar) dan semua gigi susu ini akan sempurna dan mencukupi semasa umurnya menjangkau 8 minggu.
***Jangan pisahkan dari ibunya jika sudah mengunyah makanan sendiri seawal usia ini kerana anak kucing masih bergantung antibodi dari susu ibunya***
Anak kucing "JoJo Jr." berumur 4 minggu
Tumbuhan gigi pertama
Pertama sekali adalah gigi kacip (Insicor) di bahagian hadapan rahangnya dan gigi ini mulai tumbuh seawal usianya 2 minggu dan sempurna semasa berusia 4 minggu.
Kedua adalah gigi taring ataupun siongnya(Canine) di sisi rahangnya dan gigi ini pula mulai tumbuh semasa usianya 3 minggu dan sempurna semasa berusia 4 minggu.
Anak kucing"Muffin" berumur 4 minggu
Ketiga adalah gigi geraham (Premolar) pula hanya mulai tumbuh selepas ianya berusia 4 minggu dan sempruna semuanya ketika mncapai usia 6 minggu.
Akhir sekali, gigi geraham besar (Molar) dan semua gigi susu ini akan sempurna dan mencukupi semasa umurnya menjangkau 8 minggu.
Anak kucing "Tina" berumur 4 minggu
Semasa beumur 4 minggu anak kucing sudah mulai mencuba memakan makanan yang disediakan dengan sendirinya dan yang terbaik adalah jika dihidangkan "dryfood" untuk ibunya perlu dibasahkan sedikit makanan itu untuk melembutkannya supaya mudah anak kucing mengigitnya.Kaedah sebegini boleh membantunya cepat & pandai makan sendiri serta mempercepatkan "weaning" proses ataupun putus susu.
Anak kucing"Daisy Jr." berumur 4 minggu
Semasa berumur 4 minggu juga perlu diletakkan kotak pasir "tandas" untuk mereka kerana ketika ini sudah boleh membuang air kecil dengan sendirinya serta secara semulajadinya ia akan menggunakan "tandas" ini dengan sendiri.Jika tidak disediakan anak kucing akan "membuangkannya" dalam mangkuk makanan kerana rasai seperti "tandas"nya.Jika tiada "tandas" ia akan makan-makan dari mangkuk makanan selepas itu kencing pula di situ..
4 comments:
wee~xdak kucin.. :'(
nice info...
umah saya pown byk kucen gak...
jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
Thnks...kalau kita bela kucing tu kena jugak ambiltahu tntngnya...
wwaaaa~ tomeyyyyyynyeeeeee~
Post a Comment