Apabila kucing “queen” sudah mengandung ianya juga akan mengalami perubahan dari segi perangai ataupun tingkahlakunya,namun tidak begitu ketara penonjolannya dan selalunya tidak menunjukkan sebarang kesan dari keadaan mengandung ini.
>>Pemakanan…Mulai memakan makanannya dengan begitu banyak serta kerap .
>>Perubahan Fizikal…Badannya Nampak membulat terutamanya di perut serta putting-putingnya mulai membesar serta berwarna merah jambu.
>> Kurang Aktiviti…lebih banyak menghabiskan masanya untuk tidur dan jika kucing yang bebas keluar masuk rumah pula akan lebih banyak masanya dihabiskan di dalam rumah.
>>Menyembunyikan dirinya…lebih suka duduk ataupun tidur ditempat tersembunyi seperti di bawah katil kerana rasa selamat.
>>Tidak meminati kucing lain…Mulai tunjukkan kegarangannya terhadap kaum kucing jantan dan juga akan menyerang jika dihampirinya.
>>Mahu dibelai….Kucing juga mula menunjukkan sifat manjanya terhadap tuannya seperti sentiasa mahu dibelaikannya selalu.Tetapi jangan selalu mangangkatkannya kerana ianya boleh menyebabkannya marah kerana tersentuh kandungannya. (Tidak semua kucing akan menunjukkn keadaan ini kerana terdapat juga yang lebih suka privasi atupun bersendirian)
>>Mahukan lebih perhatian…kucing akan mengiau-giau jika perlukan bantuan dari tuannya..contohnya jika termasuk di dalam bilik gelap dan akan terasa takut , lalu memanggil-manggil tuannya.
>>Gelisah…ini berlaku ketika hampir ke hari untuknya bersalin dan ia akan mundar-mandir ,merayau-rayau mencari tempat yang sesuai untuknya bersalin.
5 comments:
alaaaa, comelnye kucing nih. gerams tengok. neway, kucing cam pompuan preggie gak.. ade spesel simptom gitu heheh
btul2...ada yg kena morning sick...
kucing preggy tak suka dipeluk selalu sbb rimas dan rasa sakit kat perut... Sally saya camtulaa...
example morning sickness mereka macam mana ek? sama macam manusia jugak ke ie muntah2?
..kucing akan jdi lemah,tidak bermaya,nmpak keletihan mcm jatuh sakit...dan tidak berselera mkn gitu..jika sebegini,dptkan nasihat dari vet...
Post a Comment