Friday, May 6, 2011

Kucing Gemuk

Kucing gemuk memang sudah nampak comel dan menjadi idaman sesetengah pemilik dan penyayang kucing.Namun Kegemukan ataupun berisi tanpa mengugatkan kesihatannya adalah penting untuk jangkamasa yang panjang.Apa yang penting adalah kucing yang "gemuk" ni perlu dipantau selalu tahap kesihatannya melalui pemeriksaan kesihatan berkala....

Tips untuk mengemukkan kucing:
>Sikap kucing- Kucing memang terkenal dengan sikapnya yang amat "memilih" selera makanannya sama seperti kanak-kanak.Jadi pemilihan makanan yang sesuai untuknya adalah penting dan sentiasa memakan makanan yang diberikan.Penukaran kepada jenis lain juga penting untuk menambah seleranya kerana berkemungkinan ,makanan yang dimakannya tidak begitu berselera baginya.
>Penyediaan Makanan- Makanan untuknya sentiasa tersedia dan kucing boelh memakannya ikut hatinya sendiri kerana makan kerap akan menambahkan kalori berlebihan kepadanya.Memakan jumlah yang banyak dalam satu hidangan tidak membuatkannya gemuk tetapi kekerapan makan pula boleh mengemukkan...
>Makanan Tin-Makanan dalam tin untuk kucing lebih "fresh" dan "watery & juicy" berbanding "dry food" dan dengan memberikannya seminggu sekali adalah juga faktor tambah berat badannya di samping makanan dryfood setiap hari..

>Tuna- Makanan tin yang berasaskan ikan tuna adalah terbaik dan jika mahukannya tambah berat badannya ,perlu diberikan bercampur "Dryfood" setiap hari.
>Olive Oil- Tambahan minyak zaitun dalam hidangannya juga boleh membantu tambah beratbadannya.
>Supplement Vitamin- ini juga penting dalam dietnya.
***Semua diatas adalah sekadar petua sahaja dan mungkin berbeza hasilnya bergantung kepada baka kucing kita sendiri dan juga menggemukkan kucing tidak digalakkan kerana boleh mengundang risiko penyakit yang berkaitan masalah berat badan.Apa yang penting adalah kucing sihat bukannya gemuk*****

8 comments:

Ms J said...

Julian hari-hari makan makanan dalam tin. Pagi sesudu besar. Petang sesudu besar. Umur baru setahun. Berat mungkin nak 3 kilo setengah. kira gemuk ke tu?

Kucing Utara said...

Secara umumnya normal weight cat antara 2.5-7kg...jdi Xgemuklah...
lagipun hnya makan sesudu sja..kalorinya masih terlalu rendah tu..mngkin sikit sngat..bgi kucing yg bersifat pemakan daging....

cacing said...

gemuknya kucing.. .sedap wat gulai ni!

G3-lina said...

saya punye kucing dulu gemuk gedabak! pagi saya bagi dia makan.. tgh hari nenek saya makan dia pun ikut makan.. petang saya balik sekolah n saya makan kat rumah, dia ikut gak makan.. malam tu dia gesel2 kat kaki nak makan.. haha~ kalau pagi2 tu kan.. saya lambat bgun tido.. dia pandai.. cakar2 kaki bagi geli.. tapi tak sakit.. suruh bagun buatkan makanan dia.. tapi sekarang dah takde dah dia.. mati makan racun atau kena patuk ular..

Anonymous said...

Kucing sye bru 3 bln.. Brat bdan di lbih kurg 2.5 kilo.. Kira gmok jgak ker?

Kucing Utara said...

ya..

itsallaboutmakhlukaneh said...

Kucing saya nov ni baru 2 thn berat dia 5kg.. kategori gemuk ke?? Hari-hari nak mkn wetfood je.. dry food lgsung taknak..

Kucing Utara said...

ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...