Kucing memnag suka menangkap tikus dan secara semulajadinya ianya sangat cekap dalam pemburuan tikus.Kucing akan tetap memburu dan menangkap tikus yang sudah cukup diberi makan kerana kucing memburu bukan kerana lapar tetapi nalurinya untuk memburu di dalam hidupan harian smabil mengasah bakat dan skill pemburuannnya.
Kucing kampung "Leha" menangkap tikus
Kucing juga membawa pulang hasial pemburuannya itu atas berkemungkinan atas beberapa alasan yang boleh di ambilkira::
> Memberi hadiah kepada tuannya- Setelah lama mengenali kita ianya juga akan secara nalurinya akan keluar memburu dan membawa balik habuan kepada kita pula dan keadaan ini selalunya kucing akan meletakkan tikus di depan pintu...ataupun tempat yang terbuka untuk kita...sebab kucing BUKANnya anggap kita tuannya tetapi salah seorang ahli "komunititnya"...
>Melatih anak-anaknya-Ibu kucing pula akan keluar mencari tikus untuk anak-anaknya yang sudah berumur 2 bulan keatas sebagai bahan latihan untuk memburu serta mengajarnya secara praktikal.
Masalah dari bangkai tikus:
> Tikus membawa pebagai penyakit terutama sekali masalah jangkitan cacing dan penyakit lain.
>Air kencing tikus juga adalah merbahaya kepada kita
>Jika kucing memakannya, mungkin berisiko mendapat penyakit dari tikus liar ini.
>Keracunan kerana mungkin tikus sudah diracun dan menjadikan mudah bagi kucing menangkapnya.
Kucing yang bebas keluar masuk terutamanya dari baka tempatan ataupun kucing kampung yang asal keturunannya yang lebih hidup bebas di luar, kemudian menjadi kucing peliharaan lebih mudah menjadikan pemburuan sebagai routine dalam hidup mereka berbandingkan kucing berbaka bulu panjang.Ini kerana kucing yang berbulu panjang seperti persian yang di "breed":kan secara "indoor" dan tidak terdedah kepada hidupan luar untuk beberapa generasinya.
Namun, naluri pemburuan masih tetap ada dalam pemikirannya cuma beum pernah mencubanya secara "live" kerana bermain-main dengan mainan kucing yang disediakan oleh tuannya.
5 comments:
Kucing saya selalu bawa anak arnab yg cinonet milik jiran. Apakah?? Saya pula curi2 pulangkan balik pada emak dia!!
isk isk isk
Setuju. tikus pembawa penyakit. Tapi setakat ni belum pernah mereka bawa balik lagI!
a'a kan kucing han pun mcm tuu bawa balik tikus kat rumah bukannya makan pun..ingan kucing 2 nak tunjuk lagak kata dia pro tangkap tikus
huhu... penuh informasi. best...
kucing ni pandai cakap utara x?? hehehe
bukan tikus jer,,,cicak pon dy suka adiahkan kat sy...
bygkan hmpir tiap2 pg ada bgkai cicak tgh "tdo" sblah sy...eeeeeeeeeeee~
Kucing sy pun camtu... Setiap ari x kurang dr 2 ke 3ekor tikut yg dia bawak balik... Dh siap lapah lagi... Depa knduri tikus anak beranak... Dpt kat sy dh jd cam carpet bulu kambing tu... Jenuh dh bebel kat depa tp xde effect pun... Tetiap ari depa tetap bawakkan sy 'lauk'... Camne ye nk berhenti dr dpt lauk tu...
Post a Comment