Sunday, June 19, 2011

Melatih anak kucing mengunyah

selepas anak kucing berumur 4 minggu keatas , gigi susu pertamanya mulai tumbuh dan akan belajar memakan makanannya sendiri dengan bantuan dari ibunya.Pada ketika ini juga penting kita memperkenalkan makanan untuknya dan selalunya akan memberi makanan dryfood ataupun kibble.Makanan ini akan menjadi makanan asas baginya,jika diajar dari kecil dan cuma akan memakan makanan yang kita perkenalkan kepadanya.Samada dryfood ataupun wetfood , ianya akan mengingatkan yang paling kerap dimakannya.

Anak kucing "Atan" sedang mengunyah daging ayam buat pertama kalinya
Penting melatih mengunyah:
>Gigi susunya yang baru itu adalah penting baginya dilatih untuk mengunyah pada peringkat awal, kerana ini akan menguatkan giginya serta kemahiran untuknya dalam kunyahan.Namun pemberian dryfood kitten tidak dapat melatihnya mengunyah tetapi hanya menghancurkan makananya saja.
>Ini juga dapat melatih pergerakan rahangnya,kekuatan kacip giginya dan juga kemahiran mengoyakan .menyiatkan daging.
Apa yang perlu dibuat?
>Dryfood kitten adalah makanan utamanya dan diberikan setiap hari kerana ini akan menjadi makanan asasnya nanti.
>Berikannya daging ayam rebus yang direbuskan dalam keadaan "medium" untuknya mengunyah dan sebaik-baiknya seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali.
***Disamping kunyahan giginya, anak kucing juga akan dapat sumber protein yang terbaik jika diberikan ayam rebus, berbanding dengan dryfood ,namun ikan rebus tidak dapat membantunya dalam proses kunyahan ini kerana faktor ikan itu sendiri adalah lembut***

3 comments:

habsahharun said...

comeeeellllnye si kecik tu..

Kucing Utara said...

sikecik ni namanya "Atan" baru umur 5minggu....

Azim Aris said...

mmg comel....i likeeeeeeee cattttt...meow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...