Saturday, August 13, 2011

Memilih kucing jantan atau betina

Memiliki kucing adalah menjadi idaman sesetengah dari kita sebagai binatang kesayangan terutamanya tidak tertahan bila terpandang anak kucing yang terlalu comel serta matanya seolah-olah merayu belas kasihannya untuk dibela, walupun tidak pernah membelanya sebelum ini.
Membuat pilihan tepat untuk memiliki kucing terutamanya dari segu jantinanya samada jantan ataupun betina.Namun kedua-dua jantina ini mempunyai kelebihan dan keburukannya tersendiri jadi ,buatlah pemilihan yang terbaik bersesuaian dengan hidupan seharian kita>>>


Kucing Jantan:
>Kucing jantan memiliki susuk tubuh yang besar dan bersesuaian kepada sesiapa yang sukakan kucing bersaiz besar.
>Makanan yang disediakan perlu lebih berbanding kucing betina kerana kehendak kalorinya tinggi >Kucing jantan adalah pemburu terbaik dan ianya selalu dan lebih kerap menangkap mangsanya.
>Aktif bermain dan kasar ketika bermain kerana suka mengeluarkan kukunya..
>Akan memancut kencingnya merata-rata sebagai tnda kawasan serta tunjukkan kuasanya
>Bising bila masuk musim mengawan ...
>lebih berdikari serta suka bersendirian bila sudah masuk alam dewasa.
>Suka bergaduh sebab tunjukkan kuasa dan terdedah kepada kecederaan.

Kucing betina:
>Saiznya kecil berbanding kucing jantan dan makanannya tidak diperlukan sebanyak kucing jantan,
>Mudah mesra dan manja dengan manusia dan gemar duduk diatas riba serta gemar dibelai.
>Menyuara kepada tuannya sebagai teguran,meminta-minta ataupun hargai kita membelainya.
>Bila datang musim mengawan sama seperti kucing jantan , mengiau-giau mencari "teman".
>Mudah mengandung dan sentiasa hendak mengawan bila tiba masanya serta kerap beranak dan mudah dihidapi penyakit berkaitan.
>Tidak ganas ketika bermain dengannya.

***Petua ini berdasarkan pengalaman, apa-apapun buat pemilihan yang terbaik berdasarkan cicir-ciri mereka ini dan tidak menyesal di kemudian hari***


9 comments:

AimiiiLove said...

arghhh,cute nye kucing.haah memang btul klau bela kucing jntan,dorg ske gado2 dgn kucing lain,konon2 nk tunjuk kuat.keh3

Kucing Utara said...

Pertama>> makanannya ..beri makanan yg sama seprti tuannya dulu beri..kalau tukar brand lain tu akan cirit..Sediakan minuman utknya kerana dlm 2-3 hari dia kan kurang makan di tmpat baru
Ke2>>cage adalah terbaik utknya kerana boleh letakkan kotak pasir sekali..kucing secara nalurinya akan "buang" disitu
Ke3>> buat rawatan cacing kalau blum buat lagi
Ke4>> biarkan dia merayau2 dalam rumah..sbb nk kenal tempat.jgn biarkannya kluar lgi..sbb nk limit ..jelajahannya tu
Ke5>> kena selalu membelaiinya..sbb dia masih ragu2..& takut

meowwmania said...

sy suka yg jantan dan juga yg betina hehee...

Kucing Utara said...

bela sepasang la...

Miss b said...

pengalaman jaga kucing,

kucing jantan selalu xnak balik rumah. kalau x bg keluar rumah dia mengaum. hehe.

betina pulak suke lepak rumah even pintu terbuka luas. kalau keluar pon lepak atas porch pastu msuk rumah balik.

peanutbutter:) said...

selalu sy bela kucing jantan. kali ni rasa mcm nak bela yg betina. tp agak2 anak kucing betina aktiv tak?

Kucing Utara said...

kucing betina kurang aktif sikit berbnding yg jntan...

Anonymous said...

Boleh khawin kan dengan warna lain ke?

Kucing Utara said...

boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...