Thursday, September 15, 2011

Mengasuh anak Kucing-Taman Asuhan

Hari ni nampaknya pelik sikit bunyi tajuk entri kali ini sebab berkaitan asuhan anak kucing dan bukan seperti yang selalunya biasa kita dengar seperti Hotel Kucing, cat boarding ataupun homestay.

Minggu lalu sepasang anak kucing yang comel lote tu bernama Minna & Nikki datang menginap di Homestay KucingUtara tetapi minggu ini datang lagi untuk beberapa hari di hujung minggu dan tuannya pula akan terus menghantar anak-anak kucing ini setiap hujung minggu untuk jagaan sementara.Kerana itulah ,ianya tidak dianggapkan bertandang homestay kucing tetapi sebagai anak asuhan. macam anak angkat..

Nikki ..sangat aktif bermain dan sedang mengigit bulu benang yang dijumpainya...

Minna pula masih malu-malu dan banyak masanya dihabiskan bersembunyi sambil perrhatikan Nikki bermain.

Kedua-duanya sudah pun menambah berat badan sebanyak 100gram berbanding minggu lalu iaitu berat sekarang adalah 1.1kg setelah menukarkan kepada makanan premium.

***Oleh kerana kedua-duanya akan datang ke KucingUtara secara berjadual dan bukannya lagi sebagai menginap Homestay tetapi sebagai asuhan macam kanak-kanak ke Taman asuhan dan akan dijaga seperti "anak buah" sendiri****

4 comments:

NoRHaNa CorNER said...

1st time dgr

Kucing Utara said...

btul2...jugak first time buat mcm ni...

joijoi80 said...

camner nak trained kucen dlm cage supaya buang najis x berterabur

Kucing Utara said...

1) Gunakan bekas yang tepinya tinggi..kalau beli dri petshop tu..tepinya rendah
2) Letakkan pasir sikit sja ..lebih krng 1-2cm tinggi..
3) keluarkan kotak pasir jika xguna..sbb kucing suka main
4) pasir tu mesti yng elok..bukannya dh digunakan bnyk kali ..sebb kucing sebelum berak dia cium dulu..dn akan terkorek2..sbb bau yg lama
apa yg perlu buat..kena tahu time dia guna tandasnya dan hnya diletakkan ikut masa bukan setiapmasa..sbb kucing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...