Thursday, September 22, 2011

Ubat Cegah hamil kucing

Terdapat juga alternatif lain selain dari kembiri/mandulkan ataupun dalam bahasa kebiasaannya "kasi" kucing betina adalah dengan memberikannya ubat cegah hamil ataupun ubat perancang keluarga untuk kucing.

Ubat Cegah Hamil Kucing:
Ianya bertindak ke atas kucing betina secara biologi dengan tindakbalas badannya sendiri selepas memakan ubat ini merasakan dirinya sudah hamil ataupun "lekat".Dengan ini kucing akan hilang selera nafsunya dan rasa galak + gatal "heat'nya hilang buat seketika.


Waktu sesuai diberikannya:
Ubat ini perlu diberikan ketika kucing betina di dalam keadaan kesuburan iaitu ketika ianya datang "heat"nya yang ditunjukkan ketika galak seperti membuat bising dengan mengiau galak dan sebagainya.Masa ini adalah waktu yang sesuai diberikannya ubat ini dalam putaran setiap 2 minggu.

Kesan Sampingan Ubat Cegah Hamil:
Ubat ini memang ada kesan sampingan untuk jangkamasa panjang sekiranya kerap diberikan dan antara risiko yang mungkin dihadapinya adalah berkaitan masalah rahimnya seperti barah rahim.Umumnya kebanyakan Vet tidak galakkan kaedah ini.

***Apa-apapun pilihan adalah terletak di tangan kita sendiri samada nahu di"kasi"kan ataupun memberinya ubat cegah hamil dan ubat ini tidak menjamin cegah kehamilan 100%****

11 comments:

Unknown said...

ade ubat jugak?

Kucing Utara said...

dunia kucing ni luas,,,,mcm2 yg dibuat utk kucing yg sudah mnjadi haiwan kesayangan di seluruh dunia

NoorNazuha said...

ada tak ubat untuk org yg alah ngan bulu kucing?sbb saya nk bela kucing balik..hehehe

Kucing Utara said...

itu xsure plak...cuba dptkan kucing yg kurng gugur bulunya..seperti DSH.

KakNi said...

Assalamualaikum. Terima kasih di atas info yg sgt berguna ini. Walau bagaimanapun, sy nak tahu brp lama ubat tu akan berkesan? Kerana saya dah bg pg tafi dan sehingga petang kucing tersebut masih 'melalak' lagi.

Kucing Utara said...

wasalam...ubat ni hnya bersifat sementara iaitu manipulate keadaannya seperti sudah mngndung dn reda/krngkn hormone seksualnya,namun tahap kesannya bergntung kpda kucing ada yg effective ada yg tidak..

Anonymous said...

Ubat cegah hamil ni nak beli di mana?

Ril said...

Salam.. Kalau suntikan utk 3 bulan pulak apakah kesan2 negatif? Saya baru bawa kucing sy dapatkan suntikan di veterinar kerajaan.

Kucing Utara said...

masih ada risiko canser rahim dan dose utk suntikan lebih dari pil kerana pil ada dijual bebas over the counter.

siti said...

buat ni kita boleh beli kat mana

Unknown said...

boleh tau ubat ni beli kat mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...