Wednesday, November 23, 2011

Misai Kucing

Misai kucing adalah juga terhasil dari unsur sama seperti bulu ataupun kukunya tetapi lebih tebal dan keras.Ini dikenali sebagai "Vibrissae" dan terletak secara mendatar di atas bibir kucing bahagian kiri & kanannya dan misainya tertanam lebih jauh ke dalam sehingga mencapai dan berhubung terus ke salauran darah & sarafnya.


Fungsi Misai kucing:
>Sebagai alatan pengesan semasa menjelajah
>Sebagai alatan untuk memberitahunya keadaan persekitaran (sebarang halangan objek semasa kadar penglihatannya terlalu rendah dan ketika ini ianya bergantung kepada kepekaan misainya)
***Misai kucing amat peka kepada perubahan tekanan & aliran arus udara yang terlalu lemah.Contohnya ,jika ianya berjalan di waktu yang gelap seperti di tempat yang banyak benda seperti ruangtamu,di antara ruang perabut terhasil perbezaan tekanan dan arus aliran udara serta ini memberi pertunjuk kepada kucing antara ruang kosong ataupun ruang yang ada benda***
>Sebagai pertunjuk keadaan moodnya

Fakta Misai kucing:
>Ianya juga gugur seperti bulunya
>Hujung misainya adalah punca kepekaannya sebagai "sensor".(Jangan sesekali potong ataupun trim dan ketiadaan ini kucing tidak tahu arahnya ketika gelap)
>Lebih tebal sbanyak 2~3 kali ganda dari bulunya.

Sebab inilah kita tidak pernah lihat ataupun alami kucing berlanggar perabut rumah di waktu malam.

2 comments:

Anonymous said...

kalau kita gunting misai dia takpe tak ? dulu masa kecik2 nifi pernah gunting misai kucing kat rumah =.="

Kucing Utara said...

hujung misai tu la yg pnting...jdi dia xpeka jdinya..lain kali jgn buat lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...