Sunday, January 29, 2012

Kucing Burmese

Kucing burmese ataupun "Burmese Cat" adalah salah satu baka yang mudah dipeliharai kerana bersifat mudah mesra serta juga menampakkan kecerdikannya.Ianya amat suka bermain dan memang sesuai untuk kanak-kanak.

Pengenalan Kucing Burmese:
> Bersaiz sederhana & besar serta berotot dan ini memberatkan badannya.
> Warna bulu coklat "brown" dan mempunyai warna coklat pekat di hidung dan telinganya serta berbulu lebat dan pendek..
> Kedua-dua kaki belakangnya lebih panjang dari kaki hadapannya.
>Ekornya panjang tetapi berkeadaan yang membengkok sikit di bahagian hampir hujungnya

***Kucing Burmese bersifat patut kepada tuannya tetapi tidak suka ditinggalkan bersendirian untuk jangkamasa yang agak lama dan boleh menyebabkannya rasa tertekan***


Friday, January 27, 2012

Penghalang Kucing cakar perabut

Memang tidak dapat dinafikan kucing secara berkala ataupun berjadual akan mencakar-cakar perabut kayu, permaidani dan sebagainya.Keadaan ini berlaku secara semulajadi dalam hidupan sehariannya dan beralasankan samada untuk membuang kuku-kukunya yang rosak ataupun menandakan kawasannya.
Ini membimbangkan kita ,jika dibiarkan berterusan , rosaklah perabut dan jika dilarang pun masih lagi akan mencakar lagi semasa ketiadaan kita.Melarangnya secara vokal ataupun fizikal sudah pasti tidak dapat menghalangnya kerana ini adalah keperluan baginya untuk membuang kuku mati ataupun penandaan.


Magic Spray -Scratch Not Training spray
Kandungan:175ml
 

Spray ini disemburkan kepada barangan yang dicakar kucing supaya ianya tidak akan mencakar lagi terutamanya perabut kayu,tikar menkuang ,permaidani dan sebagainya.


Monday, January 23, 2012

Cara guna Ear Drops untuk Kucing


Pemberian ubat titik telinga "Ear Drops" samada untuk cucian ataupun ubat berkemungkinan agar sukar bagi sesetengah dari kita menanganinya kepada kucing tidak selesa ketika itu. Ini adalah kerana sesetengah kucing tidak suka kita sentuh telinganya.

Bahan-Bahan Yang Perlu:
>Ear drops
> Putik kapas
>Kapas

Langkah-Langkah Pemberian:
Terdapat 2 zon telinga yang perlu dilakukan iaitu:
1) Cuping Telinga (outer ear)
>Letakkan kucing dia atas riba anda secara mengiring supaya boleh memberi ubat titik kepadanya.
>Lipatkan cuping telinganya keluar supaya kita dapat melihat keadaan telinganya lebih jelas seperti photo di bawah:
>Ketika kedudukan telinga sebegini, kita akan dapat melihat kotoran yang berwarna hitam di cuping telinga dan guna putik kapas yang dibasahi dengan "ear drops" untuk membuang kotoran.
>Kemudian titikan beberapa titik ubat "ear drops" di tempat yang dicuci tadi (Ini masih lagi cucian/pemberian ubat titik di cuping telinganya)

>Gunakan kapas untuk merata-ratakan ubat yang di tiik tadi
>Ini juga untuk menyucikan telinganya secara menyeluruh.(seperti photo di bawah)


2) Bahagian Tengah Telinga (Middle ear canal) 
Bahagian ini terdapatnya gegenda telinganya yang agak sensitif dan boleh rosak jika tertusuk sesuatu seperti muncung botol ubat titik).
>Anda akan nampak lubang telinganya seperti di bawah yang ditandakan.
>Dengan berhati-hati titikan beberapa titik(2 -3 titik tetapi bergantung kepada arahan ubat yang anda guna) ke dalam lubang telinganya.
>Kemudian anda perlu mengurut-urutkan cuping telinganya (dalam  keadaan cupingnya tertutup) untuk meratakan ubat titik telinganya di dalam telinga.Cara urutan seperti photo di bawah:

>Kucing akan mengeleng-gelengkan kepala selepas ini dengan sendirinya kerana rasa air masuk kedalam telinganya.

***Hati-hati kerana gegendang telinganya sangat sensitif,pemberian berlebihan dari dose yang disarankan boleh menyebabkannya pekak****

Friday, January 20, 2012

Cat boarding Januari 2011

Sempena cuti bersambung untuk Raya Cina dua beranak , bapa dan anak jantannya datang bertandang ke Homestay Kucingutara untuk beberapa hari buat pertama kalinya.Kedua-duanya beranak ini bersaiz besar.

Nama Timangan : Qiqi
Jantina: Jantan
Satus: bapa

Nama Timangan : Niqo
Jantina: Jantan
Satus: Anak lelaki

Tempoh penginapan: 20/1/12-23/1/12
Kunjungan: pertama kali

Wednesday, January 18, 2012

Rawatan kucing dengan bawang putih

Bawang putih memang terbukti mempunyai pelbagai kebaikan bagi membantu semua hidupan dalam pembentukan serta penambah baik-kan sistem imunisasi ataupun daya tahan diri kepada kita serta juga hidupan lain dan ini termasuk juga kepada kucing & anjing haiwan peliharaan.


Antara Kebaikan bawang putih kepada Kucing:
>Menghapuskan cacing
> Menghindarkan parasit di dalam ususnya
>Menghilangkan kutu dari badannya
>Membantu merawat sakit kulit "scabies">>dibuat ubat sapu kepadanya

Pemberian Bawang putih :
Rawatan sendiri di rumah untuk kucing yang mengalami cacing dengan memberi makan bawang putih (sebagai ubat herba)ketika ianya dijangkiti adalah salah satu alternatif merawat sendiri dan tetapi bukannnya sebagai makanan sehariannya.Ini kerana pemberian berlebihan akan memudaratkannya.
Bawang putih mengandungi N-propyl disulphide yang boleh memusnahkan sel darah merah dan boleh mengundang masalah Anemia jika diberikan berlebihan adalah kemungkinan risiko...

Bagaimana menyediakannya:
>hanya 1/4 ulas bawang putih yang dihancurkan dan dicampurkan bersama makanannya.Ini kerana kucing tidak sukakan bau bawang putih dna diberikan sehari sekali sahaja.
>Berhenti serta merta jika sudah sembuh dari jangkitan cacing & parasit.

>Hanya diberikannya bertujuan sebagai "ubat" rawatan sendiri untuk atasi masalah cacing & parasit.


****Ini hanya petua semata-mata dan perlu dirujuk kepada vet terlebih dahulu jika perlu untuk elakkan risiko kerana mungkin tahap penerimaan dan tindakbalas kucing berbeza sebelum membuat sendiri****

Saturday, January 14, 2012

Penghapus Bau Kotak pasir Kucing

Kotak pasir kucing a.k.a tandasnya jika terlalu kerap digunakannya akan meninggalkan kesan bau busuknya yang tidak menyenangkan kerana keupayaan pasir itu sendiri untuk menyerapnya berkurangan.
Penukaran sekerap yang mungkin kepada kotak pasir juga akan membazir masa serta juga kosnya.

Sebagai tambahan kepada keupayaan pasir kucing ini sisarankan supaya ditambahkan dengan "cat litter deodorizer" di mana butiran kristal bersertakan "citrus fragrance" akan membantu menyerapkan bau lebih berkesan.

Kegunaannya di taburkan ke atas pasir najis kucing untuk menyerap bau yang tidak menyenangkan terutamanya jika kita tinggalkan kucing bersendirian di rumah, tiba petang selepas pulang dari kerja dan rumah berbau yang tidak tertahan......



Friday, January 13, 2012

Dry Shampoo Untuk Kucing

Kucing secara semulajadinya amat "takut"kan air dan seboleh-bolehnya akan mengelak dari kebasahan.Masalah parasit seperti kutu,kekotoran dan sebagainya akan dibuangkannya melalui jilatan bulu-bulunya sendiri.Apa yang boleh dirumuskan , hampir separuh masanya di habiskan dengan menjilat-jilat bulunya dan kesan sampingannya boleh menyebabkan hairball kerana tertelan bulunya sendiri.

Apabila kita memiliki dan memelihara kucing sudah tentu perkara yang timbul adalah kesukaran memandikannya ,tidak semua kucing suka mandi dan ada yang suka dimandikan.Dry shampoo bersesuaian untuk kucing yang sukar mandi.


Ini adalah salah satu alternatif memandikan kucing dengan mengunakan "powder' untuk menghapuskan kutu,pembaikpulih bulu-bulunya yang rosak,melindungi kulitnya dan sebagainya.



Wednesday, January 11, 2012

Bahaya ubat Gegat kepada Kucing

Disebabkan secara fizikalnya ubat gegat yang berbentuk bebola dan besar kemungkinan akan menarik perhatian kucing untuk mendekatinya serta bermain-main dengan ubat gegat ini.Juga kucing terutamanya yang masih kecil serta aktif bermain gemar menyusup masuk ke dalam laci serta almari yang mungkin diletakkan dengan ubat gegat.

 
Ubat gegat Beracun kepada Kucing:
>Ubat gegat diperbuat daripada salah satu unsur utama terdiri bahan kimia iaitu naphthalene 90% dan ianya beracun tidak hanya kepada serangga malah kucing, anjing dan sebagainya.
>Naphtahlene ini akan mengeluarkan bau secara semulajadi bila terdedah kepada suhu persekitaran yang boleh menghalau serangga seperti lipas dan sebagainya.
>Keracunan ini boleh terjadi samada dengan tertelan, hidu (sebab kucing sensitif kepada naphthalene) ,menjilat ataupun terserap melalui kulitnya.
>Keracunan kerana memusnahkan sel darah, hati dan juga buah pinggangnya.


>Pencegahan :
Elakkan menggunakan ubat gegat yang digunakan secara terus dikeluarkan dari bungkusannya dan lebih gunakan ubat gegat yang digantung dari bungkusan jaringan.

Tanda-tanda kucing keracunan:
>Mulut mengeluarkan air liur yang berbuih-buih di bibirnya
>Muntah-muntah
>Tidak berselera makan
>Tidak bermaya
>Cirit birit berterusan
***Masalah besar yang timbul sekiranya ianya tertelan ubat gegat dan perlu dikeluarkan serta merta dalam masa 2 jam untuk elakkan keracunan dan mengundang kematian****

Friday, January 6, 2012

Tetamu ke2 Homestay Kucing Januari 2012

Semalam "Nikki" pula menjadi tetamu ke2 & check in untuk bulan Januari 2012 dan akan menginap disini sehingga hari ahad ,8-Januari 2012.Ini kerana tuannya sekeluarga ke Langkawi untuk beberapa hari.

Nama timangan: Nikki
Baka: Persian
Makanan: Dryfood Iams

Perkhidmatan yang akan diberikan Kucingutara kepada Nikki:
1) Ubat cacing
2) Proses tukaran makanan dari Dryfood Iams ke Dryfood Royal canin Fit32

Tempoh penginapan: 5/1/12 sehingga 8/1/12

Thursday, January 5, 2012

Tetamu pertama homestay kucing 2012

Di awal pembukaan sekolah sesi baru untuk tahun 2012 ini bertandang Kiki "kucing persian" ke homestay kucingUtara untuk satu malam.Ianya datang bermalam di sini untuk mandian kutu & kurap.

Nama Timangan: Kiki
Baka: Persian
Makanan: Royal canin fit 32
Jantina: Jantan
Umur: 8 bulan+++

Kiki dimandikan kerana akan berjalan jauh ke Seremban minggu depan untuk bersama-sama menetap dengan tuna barunya.

Tempoh Penginapan: 3/1/12 ~ 4/1/12

Tuesday, January 3, 2012

Penyediaan kecemasan bila kucing bersalin

Pada pagi Jumaat lalu iaitu 30-december 2011, "Laila" ibu kucing muda berbaka persian flatface dengan selamatnya melahirkan anak-anaknya seramai enam ekor.Ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya melalui proses kelahiran tanpa sebarang masalah yang serius.


Namun begitu, proses peneranannya diambil dalam ulangan setiap 15-20 minit untuk melahirkan anak-anaknya tiada masalah sehingga anaknya yang ke enam tetapi proses pemecahan karung,pembuangan uri dan tali pusat dari setiap anak-anaknya masih tidak dilakukannya dengan sempurna.
Ketika ini adalah perlu bagi kita membantu proses kelahiran ini iaitu tolong membuang tali pusat dan uri yang tidak "dimakan"/di"potong"nya.Apa yang perlu kita bantu adalah memotongnya secepat mungkin untuk membolehkan anak-anaknya merangkak ke arah ibunya untuk susuan dan kepanasan suhu badannya.

Anak-anak kucing comelnya sedang disusui ibunya dan baru berusia empat hari.

Penyediaan kecemasan bila kucing bersalin:
Walaupun secara asasnya ibu kucing tahu apa yang patut dibuat ketika bersalin dan tidak perlukan bantuan dari kita ,perlulah kita bersedia membantunya ketika kecemasan.
a> Kain,kapas, putik kapas ,gunting kecil , sarung tangan dan antiseptik
Ini perlu untuk kita membantu membuangkan tali pusat/uri serta juga karung jika tidak dilakukannya kerana boleh menyebabkan kematian lemas
b> Pemerhatian dari jauh
Ini untuk memastikan keadaannya bersalin tanpa masalah dan jika terlalu hampir dengannya boleh menyebabkannya rasa tidak selesa dan tertekan.Keadaan ini boleh menganggu proses teran.
c>Bertindak jika perlu
Ini amat penting kerana jika kita membantunya terlalu awal sebelum ibu kucing buat sendiri proses pembersihan/pembuangan tali pusat/uri dan secara tindakbalasnya,ibu kucingmengharapkan kita pula dalam hal ini.HANYA bertindak jik ibu kucing tidak buat sendiri.

***Ini adalah atas pengalaman yang dihadapi tempohari di mana kesemua tali pusat/uri tidak disentuhnya langsung dan terus masuk proses peneranan untuk melahirkan anak seberikutnya.Walaupun dapat membantunya seekor darinya mati dalam masa 24jam,dan lima saja yang tinggal****

Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun 2012

Kucing Utara mengucapkan "Selamat tahun Baru" kepada semuanya dan semuga dimurah rezeki ,panjang umur dan mendoakan agar tahun 2012 lebih membawa kebaikan kepada kita semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...