Showing posts with label Hotel Kucing 2012. Show all posts
Showing posts with label Hotel Kucing 2012. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Asuhan Kucing akhir tahun 2012

Tahun 2012, sudah menghampiri penghujungnya & hanya berbaki beberapa minggu saja lagi dan di waktu begini, sudah menjadi kelaziman adalah masa yang paling untuk bercuti bersama keluarga ataupun membuat kenduri kendara perkahwinan.
Si comel pula terpaksa di hantar ke pet boarding ataupun homestay kucing untuk penjagaan mereka, maklumlah , semua orang kenalan/saudara pun nak bercuti/sibuk dengan hal masing-masing ketika ini.
Asuhan KucingUtara ,menerima beberapa "tetamu" yang menginap bersama kami semasa ketiadaan tuan mereka,Mari kita lihat antara mereka yang datang kali ini >>>diucapkan selamat bercuti....
















Thursday, October 25, 2012

Homestay Kucing Cuti rayahaji 2012

As salam semuanya dan selamat menyambut Hari raya Aidul Adha.Bersempena cuti raya ,kucing kesayangan pula perlu bertandang ke Homestay walaupun cuti agak singkat.

Comot ...kunjungan pertama kali ke Homestay KucingUtara

 Oli kawan Comot pun ...kunjungan pertama kali ke Homestay KucingUtara

Picchu ..pengunjung setia ke Homestay KucingUtara 
serta juga beberapa tetamu lain......

Sekali lagi diucapkan Selamat menyambut Hari raya Aidul Adha dan berhati-hati dalam perjalanan ke kampung....


Saturday, September 29, 2012

Asuhan Kucing October 2012

Hujung minggu berkunjung lagi 3 sekawan" kucing-kucing yang bersaiz besar untuk menginap di homestay KucingUtara untuk beberapa hari.

Jerry Paling besar & berisi ...berat badannya menjangkau 6kilogram semenjak mulai memakan dry food Iams adult Chicken.

 
Tempoh asuhan: sehingga Isnin

Sunday, September 23, 2012

Asuhan Kucing bulan august 2012

Kucing-kucing yang comel-comel belaka yang datang berkunjung ke Homestay Kucing Utara untuk bulan ogos....




Lily...yang datang untuk berubat kerana asyik cirit-birit walaupun sudah beberapa kali dirawat oleh Vet , namun tidak sembuh-sembuh dan Alhamdulillah , semenjak menginap dan sambil dirawat di sini , ciritnya sudah tiada lagi dan akhirnya dapat tahu yang ianya alah kepada makanan serta kekurangan/lemah daya tahan diri.Sekarang sudah makan makanan yang serasi dengannya iaitu Royal Canin 30.


MoMo datang menginap "berseorangan" kerana kawannya si KOKO hilang hampir seminggu.
Tempoh penginapannya:22/9/12 sehngga 29/9/12 (untuk bulan sept).......

Tuesday, August 14, 2012

Asuhan Kucing di ambang Syawal 1433

Mulai hari ini berkunjung sudah beberapa tetamu ke Homestay Kucing Utara sempena cuti HariRaya Aidulfitri 1433.
Picchu ..pengunjung setia datang awal hari Jumaat lalu






Jadual Taman Asuhan Kucing untuk Hariraya tahun ini...dsn sudah penuh tempahan bilik.
Mulai Esok sehingga sabtu akan datang lagi beberapa tetamu yang sudah membuat tempahan.

Saturday, July 21, 2012

Homestay Kucing awal Ramadhan

Di antara kucing yang datang menumpang & menginap di homestay kucing utara sehingga awal ramadhan dan Alhamdullillah kesemuanya sudah check out dan dapat bersama-sama *keluarga * masing-masing untuk menyambut Ramadhan....






Selamat mneyambut Bulan Ramadhan dan kepada pengunjung yang sudah booking untuk Raya nanti ..bertemu kembali ye......

Sunday, July 1, 2012

Cat Boarding Bulan Julai 2012

Untuk permulaan bulan Julai 2012 beberapa kucing pelbagai baka datang berkunjung ke hometay kucing utara dan ada antara mereka datang sejauh dari Guar cempedak Kedah,,,,








 Ini Dasya berkunjung buat pertama kalinya ke sini berbaka campuran Mainecoon & Persian dan masih muda lagi baru berumur 4 bulan.Ianay juga diberikan ubat cacing buat pertama kali untuk 2 hari berturut-turut (1st dose) dan juga akan dilatih memakan makanan premium di bawah jagaan kucing utara,,

Saturday, June 9, 2012

Cat Boarding Akhir cuti sekolah June 12

Minggu depan sudah memasuki waktu bersekolah seperti biasa dan berakhir sudah musim cuti sekolah pertengahn tahun yang agak panjang juga iaitu 2 minggu.. Namun masih lagi yang terpaksa keluar walaupun cuti sudah berakhir dan kucing kesayangan pula perlu ditinggalkan di taman asuhan kucing.Semalam , "koKo' pun bertandang pertama kalinya ke homestay kucingUtara.

Nama Timangan : Koko
Makanan: Dryfood
Tempoh penjagaan: 8/6/12 sehingga 16/6/12 

 Ini pula si oyen , sudah disini sejak rabu lalu dan akan diambil tuannya ahad ini.
Si oyen sudah beberapa kali bertandang ke sini dan memang mudah baginya untuk membiasakan dirinya di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...