Tuesday, February 7, 2012

Cara memberi ubat pil kepada kucing

Pemberian ubat jenis pil ataupun ubat biji agak sukar kepada kucing kerana kucing tidak sukakan ubat berkemungkinan kerana tiada bau yang tidak menyenangkan ataupun ubat yng pernah dimakannya rasa tidak enak/pahit.Ini termasuk ubat untuk rawatan serta juga pil vitamin sebagai sumber tambahan.
Contoh ubat-ubatan seperti antibiotik,ubat tahan sakit, ubat cacing,ubat bengkak dan sebagainya

Contoh supplement untuk kucing seperti Brewer Yeast.

Cara Memberi ubat pil kepada kucing:
1) Suap ke dalam mulutnya secara terus(photo dibawah) sepertimana yang kita lakukan tetapi masalahnya timbul, kucing akan luahkannya kembali kerana tidak sukakan rasa ubat yang diberi.

2) Suapkan ubat dari sisi ataupun tepi mulutnya (seperti photo dibawah) adalah bertujuan supaya ubat memasuki hampir dengan kerongkongnya dan lidahnya tidak dapat meluahkan keluar.

3) Bantuan alat(photo di bawah) seperti picagari yang mempunyai "pemegang ubat" dihujung dan ditembak masuk terus ke kerongkongnya.
Hanya perlu 2-3 saat saja untuk menembak masuk ubat pil ini ke dalam mulut dan kucing akan terus menelannya.


9 comments:

tachi n poncho said...

cam menarik picagari tu...sy & suami slama ni guna picagari biasa (yg xde needle)..bila nk bg ubat terpaksa hancurkan dan buh skit air..br tembak masuk mulut dorg...

Kucing Utara said...

cuba cari at petshop..ada picagari ni..spti awk buat tu xda masalah cuma bnyk keja la nk processkannya..ini hnya beberap minit sja..

adik412 said...

salam..bobo dengan jojo bergaduh dalam sangkar...selalu duduk berdua tak gaduh pun. tapi bila belang ada sebelah sangkar, diorang gaduh sama diorang dalam sangkar....
normal ka? sebab depa bau belang..tapi saya letak belang dalam sangkar lain....

semalam, bila saya pegang belang, pastu pegang diorang dengan saya sekali kena cakar...

Kucing Utara said...

itu sbb "belang' tu bgi depa "org baru" lgipun Bobo & jojo ni jantan spti nk tunjuk hebat la gitu..xpa biarkannya dlm 2-3 hari ..depa kan reda dn awk xperlu pegngnya lgi kerana Belang ni masih dlm trauma tmpat baru..mudah serang sesapa sja..

adik412 said...

belang manja sangat....semalam bawa masuk rumah pun, kena gilir2....takut gaduh...

CandidateJenazah said...

kucing tu tak muntahkan balik ke pil yg disumbat tu??

Kucing Utara said...

sbb tu ada 3 cara..paling mudah yg ke3..

Anonymous said...

so far kucing saya takde masalah nak bagi dia makan vitamin. pantang nampak saya pegang botol brewer yeast tu, laju je dia terkam. saya hanya letak pil tu atas tapak tangan, dia terus datang jilat2 & kunyah. :)

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak buat oder picagari dan SUPPLEMENT BREWEST YEAST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...