Wednesday, March 21, 2012

Kenapa kucing tumpahkan bekas air???

Kucing adalah haiwan peliharaan kesayangan yang mempunyai sifat serta kelakuan yang agak pelik serta menarik , malah sukar diramalkan diatas segala perbuatan ataupun tingkah-lakunya.Menumpahkan bekas air minumannya sendiri pun salah satu perkara yang sering dilakukannya.

Walaupun begitu , tindakannya menumpahkan air minumannya sendiri ini sudah tentu ada sebab-musababnya tersendiri.

Sebab-sebab yang boleh dihubungkaitkan dengan tingkahlakunya:
> Barang Mainan...Kucing memang gemar bermain-main dengan air yang tenang ataupun bertakung dan tindakbalasnya terhadap air adalah dengan mengocakkan bekas air untuk merasa percikkan dari air itu sendiri.(Tujuannya sekadar suka bermain air dan ini lebih ketara kepada baka Maine Coon ,Turkish angora & Turkish Van yang mengemari air).
>Bosan...Ini juga faktor yang menyebabkannya menumpahkan air kerana bosan.

>Faktor Penglihatannya:...kucing adalah haiwan yang rabun dekat dan sebarang benda yang terlalu dekat dengannya di bawah jarak 5 inci adalah agak sukar baginya mengenali.Air yang tidak berwarna/lutsinar agak sukar baginya dikesan.Disebabkan inilah kucing terpaksa menyentuh atau mencakar-cakar bekas minumannya supaya berkocak supaya dapat dikesan kehadiran air.
>Air yang disediakan sudah tercemar...Kucing dapat merasakannnya yang air di dalam bekasnya sudah perlu ditukarkan kerana kucing HANYA minum air yang "fresh" serta sejuk.

Setelah kita dapat mengetahui punca-puncanya kucing kesayangan kita bertindak sedemikian , maka dengan mudahnya kita atasi untuk mengelakkannya berbuat begitu lagi seperti sediakan mainan untuknya, gunakan bekas minuman yang berat, ataupun letakkan ketulan air kiub di dalam air minumannya supaya mudah baginya mengesan air....

3 comments:

ctpayong said...

Owh...ok ok...rasanya mereka ni bosan lah tu...

Ms J said...

A'a la.. Kucing saya pun ada buat cecahkan paw dalam air pastu baru minum. Mungkin untuk kesan ada air atau tak dalam bekas tu. :) Tq for the info!

Kucing Utara said...

apa,apapun...tiada kesalahan yg dibuat oleh kucing..jika kita faham sbbnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...