Vaksin adalah untuk membantu serta menambah baikkan sistem imunisasi kucing dan bermula seawal zaman "kanak-kanak" kucing ataupun anak kucing.Pemberian ini amat digalakkan supaya ianya dapat melawan penyakitnya yang tersebar di antara mereka.Kucing agak lemah dari segi melawan penyakit berbahaya dna simptomnya adalah Selsema.
Umumnya
kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana
antibodi yang di terima melalui susu ibunya yang mengandungi kolostrom tidak lagi kuat. Tetapi tidak
semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin
boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100%
normal dan kuat.Sila rujuk kepada Vet.
Contoh Jadual
vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu
Umur 8-9 minggu
- Pemeriksaan umum
- Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
- Pemberian ubat cacing
Umur
12-14 minggu
- Pemeriksaan umum
- Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20
minggu
- Pemeriksaan umum
- Vaksinasi Rabies
2 comments:
bolehkah ubat cacing dibeli atau hanya boleh dapatkannya di klinik sahaja?
ubat cacing mudah didapti di petshop
Post a Comment