Sunday, September 16, 2012

Masa galak Kucing Jantan

Bila tiba waktu matang dana galak bagi kucing jantan ,ianya akan merayau-rayau mencari pasangannya tanpa mengira jarak yang sudah dilaluinya serta juga akan meraung/mengiau kuat menarik perhatian kucing betina.Ini kerana kehendak seksualiti yang tinggi ,merangsangkannya untuk mencari pasangannya.

 Kematangan Kucing Jantan:
 Bila ianya mencapai umur matangnya seawal 6 bulan dan ada antaranya selepas 12 bulan , mereka ini akan membuat tandaan kawasannya dengan memancut beberapa tempat di persekitarannya sebagai amaran kepada kucing lain terutamanya jantan .Secara asasnya kucing jantan tidak ada masa "heat" galaknya, dan bila sudah masuk alam dewasanya ,kucing jantan sudah bersedia untuk mengawan.Secara nalurinya, kucing jantan tahu waktu musim mengawannya iaitu musim dimana kucing betina kebanyakan sudah bersedia/galak untuk di kawinkan dan masa inilah ianya akan merayau-rayau serta meraung bising.


Kucing jantan berkebolehan menghidu bau kehadiran kucing betina dalam jarak lingkungan 10-15 kilometer dan ini membuatkannya terus merayau-rayau mencari pasangan barunya.Keadaan ini juga bloeh membuatkannya merayau-rayau tanpa limit sehingga bertemu pasangan barunya dan secara tidak langsung boleh menyesatkannya dan tidak terfikir baginya untuk pulang sekiranya mudah baginya memdapat punca makanan barau di dalam perjalanannya.

Risiko:
Keadaannya yang merayau-rayau ketika mencari pasangan ini juga tidak dapat dihindarkan bahaya yang mungkin dihadapinya:
> Kemalangan jalanraya , sekiranya tempat rayauan yang itu kawasan bandar
>Dicederakan samada binatang yang yang bertembung dengannya seperti anjing ataupun dipukul oleh manusia yang tidak bertanggungjawab kerana kucing jantan akan mengiau sekuat hatinya tanpa henti tidak kira siang ataupun malam(Waktu Malam adalah lebih lagi diraungkannya)
>Bergaduh dengan kucing jantan lain dalam perebutan teman pasangan
>Dicederakan oleh kucing betina yang begitu aggresif selepas mengawan
>Luka yang dihadapinya boleh menyebabkannya mengalami bisul.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...