Warna mata kucing bermula apabila mereka dilahirkan adalah warna sementara dan belum lagi boleh dianggapkan warna matanya sebenar. Anak kucing dilahirkan dengan mata biru dan warna perubahan apabila mereka matang. Mata anak kucing yang berwarna biru,akan bertukar kepada warna lain seperti hijau atau yang warna lain semasa melepasi umurnya antara sekitar 4-5 minggu. Kucing yang sudah dewasa akhirnya mempunyai mata berwarna coklat seperti warna tembaga, oren, kuning, atau mata hijau; hanya beberapa saja yang akan kekal bermata biru disebabkan kepada gen warna bulunya terutamanya bulu yang berwarna putih. Hasil daripada kacukan pembiakan antara baka-baka yang berlainan, pelbagai warna mata dihasilkan oleh kucing dari jenis berwarna mata kilauan biru melalui hijau kepada oren.
Kenapa matanya Biru
Akhir minggu kedua, mata anak kucing akan mula membuka. Dunia luar masih lagi dalam keadaan kabur serta Nampak seperti bayang-bayangan. Ianya akan mengambil masa beberapa hari untuk penglihatan sepenuhnya serta menyesuaikan diri di dalam keadaan sebegini, tetapi dia akan mula berkelip-kelip matanya yang kebiruan serta sangat cantik & indah.
Pembentukan warna mata
Melanin adalah sumber pembentukan pigmen warna rambut, kulit, dan juga mata, belum lagi sepenuhnya dihasilkan ke dalam anak mata kucing yang baru lahir . Pengeluaran melanin ini akan bertambah dari semasa ke semasa di dalam awal minggu-minggu pertama kehidupan anak kucing dan seterusnya penambahan sumber melanin yang mencukupi akan menyebabkan mata untuk menukar warna kepada warna asalnya samada hijau,oren,coklat dan lainnya bergantung kepada jenis melanin yang berhubungkait kepada warna bulunya.
Kucing secara genetik akan menghasilkan dan membentuk warna mata dewasa iaitu warna mata kekalnya yang dihasilkan berdasarkan kepada jumlah melanin yang mencukupi dalam proses pembentukan matanya.Bagi kucing putih jenis Albinos yang berpandukan kepada pembentukan kulitnya, kucing sebegini tidak mempunyai ataupun menghasilkan melanin, mempunyai mata merah jambu yang disebabkan/dihasilkan oleh pantulan cahaya dari saluran darah dari matanya dan kita melihat nya berwarna pink, merah jambu.
Siamese & Himalaya matanya Biru
Walaupun mata kebanyakan kucing 'berubah kepada warna kekal mereka jika sudah cukup umur seawal 1 bulan keatas kepada warna emas, tembaga, atau hijau tetapi terdapat beberapa baka mengekalkan mata biru sepanjang hidup mereka, seperti mereka yang mempunyai pointed (iaitu jenis/baka Siam dan Himalaya) serta juga kucing putih juga mungkin mempunyai mata biru sebagai warna mata kekal.
No comments:
Post a Comment