Apabila kucing dilahirkan, sistem imunisasinya adalah sangat naïf/lemah kerana tidak pernah
didedahkan kepada mana-mana antigen asing sebelum ini.Akibatnya jika terdedah kepada penyakit berjangkit,
sistem imun (belum pernah terdedah kepada antigen baru di permukaan organisma
sebelum ini) akan mengambil masa yang lama dalam lingkungan 2 minggu untuk
melancarkan tindak balas pertahanan terhadap penyakit.Penyakit berjangkit ini mudah menjangkiti dalam masa 2 minggu tanpa
ditentang oleh sistem imun kerana kucing yang tiada antibodi untuk penyakit
yang menyerangnya, perlukan 2 minggu untuk menghasilkan system dayatahan diri. Dengan
sebab inilah ada antara anak kucing/kucing jatuh sakit yang agak teruk serta juga
boleh membawa kematian (Seperti Parvovirus dan rabies dimana risiko kematiannya
adalah tinggi).
Vaksinasi adalah proses yang kompleks dengan penglibatan tindakbalas
kimia di antara sel-sel sistem imun badan kucing.Pada asasnya, peranan
vaksinasi adalah untuk mendedahkan sistem imun yang lemah kepada antigen virus
dan bakteria yang terkandung dalam vaksin supaya,di masa depan, jika diserang
oleh virus / bakteria, sistem imun akan mengenali antigen yang terkandung di
dalam organisma penyakit berjangkit dan mengaktifkan secepat yang mungkin, untuk
mengatasi penyakit.
Jika sudah divaksinkan ,sistem dayatahan badan kucing akan
diaktifkan & bertindakbalas dalam
masa beberapa jam berbanding dengan beberapa minggu bagi kucing yang pernah
divaksinkan ataupun bagi kucing yang mana belum berpengalaman dengan organisma penyakit
berjangkit baru yang menyerangnya.Tindak balas imun yang matang mengaktifkan
lebih cepat dan akan nuetralkan organisma yang menyerang menyebabkan penyakit .
Antigen - protein atau gula (karbohidrat) yang terkandung di
permukaan sel, benda asing atau organisma berjangkit di mana sistem imun boleh
mengenalpastikannya dan akan menyerangnya sebagai tindakbalas Sistem imun
mengenal pasti antigen sebagai 'diri' (normal/sudah biasa kepada badannya) atau
asing (tidak biasanya ditemui dalam badan ataupun organisma baru).Dalam haiwan
normal, sistem imun hanya menyerang antigen asing (selalunya antibodi hanya dihasilkan
terhadap antigen asing/baru).
Antibodi – adalah protein yang dihasilkan oleh sel B yang bergabung
kepada antigen secara khusus. Setiap sel B yang berbeza (sel plasma) membuat
hanya satu jenis antibodi dan antibodi ini adalah sangat khusus untuk antigen
tertentu.Apabila antibodi mengenalpasti kewujudan antigen asing, ia mengabungkan
kepada antigen dan kemudian menarik sel-sel radang lain untuk dibunuh.
Lymphocyte- adalah barisan sel darah putih tertentu yang
wujud di dalam badan.Terdapat 2 jenis Lymphocyte utama iaitu - Lymphocyte T /sel
T dan LymphocyteB/ sel B (yang membuat antibodi, dipanggil sel plasma). Lymphocyte
T mengawal tindak balas sistem imun dan terlibat dalam mengaktifkan imun . Lymphocyte
B membuat antibodi terhadap antigen yang asing kepada badan. Yang penting,
kedua-dua T dan sel B (dan antibodi yang dibuat oleh sel-sel B) antigen khusus
- mereka hanya akan mencetuskan serangan sistem imun terhadap antigen yang
mereka mengenalpastikan sebagai asing (dengan cara ini, tindak balas sistem
imun boleh disasarkan hanya untuk menyerang ancaman).
**Disarankan agar anak kucing termasuk kucing yang dewasa divaksinkan mengikut jadualnya kerana mereka mudah terdedah kepada penyakit berjangkit**
4 comments:
Kucing saya berak tahi lendir. Dia dah tak cirit. Cmna nak buad ha? Selalu keluar lendir2 saja
lender tu adalah mucus yg dihasilkn utk melincirkn ususnya..
Hai . Saya ada anak kucing yg berusia sebulan lebih dan saya mberikan susu untuk anak kucing yg dibeli dari petshop . Semalam anak kucing saya ni berak cair , warna kekuningan . Adakah ianya bahaya ? Dan macam mana nak atasinya ? Mohon pencerahan
berak cair ni disebabkan susu yg diminumnya dan tiada masalah.
Post a Comment