Monday, October 1, 2012

Penjagaan kucing pembedahan pemandulan

Penjagaan kucing yang sudah menjalani pembedahan terutamanya kerana pemandulan"spayed" adalah tugas penting yang perlu kita laksanakannya:


Pemakanan selepas pembedahan:
Makanan yang biasa dimakan sudah mencukupi baginya kecuali jika doktor haiwan menyarankan makanan yang bersesuaian mengikut keadaannya selepas dibedah.Tidak perlu bimbang jika ianya tidak akan makan selepas menjalani pembedahan kerana bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya yang masih mengalami kesan sakit selepas pembedahan dan kebiasaannya ia akan makan pada malam berikutnya.Menyediakan makanannya yang lebih sedikit & kerap dari kebiasaan untuk mengurangkan kesan sampingan kepada perutnya yang baru menjalani pembedahan .
Jika kucing yang jenis memilih sedikit dan tidak akan makan kerana kesan sakit tempat pembedahan perlulah disediakan makanan berbau kuat untuk mendapatkan perhatiannya supaya makan seperti makanan dalam tin yang mengandungi tuna atau salmon . Elakkan makanan berlemak seperti daging dan daging diproses kerana ini mungkin menyebabkan gangguan pencernaan.
***Kebanyakan kucing yang menjalani pembedahan spayed akan makan dalam masa satu hari. Anda perlu menghubungi doktor haiwan anda jika ianya masih tidak makan selama lebih daripada 24 jam selepas pembedahan****

Mandi selepas pembedahan:Proses penyembuhan/pencantuman kesan jahitan luka-lukanya secara umumnya mengambil masa 10-14 hari dan dinasihatkan bahawa ianya tidak BOLEH dimandikan sebelum 14 hari pertama selepas pembedahan kerana membasahkan jahitannya menyebabkan bakteria boleh memasuki melalui kesan jahitan yang masih belum sempurna serta menyebabkan kerosakan jahitan/luka dan pembentukan nanah.

Penjagaan luka selepas pembedahan:
Biasanya kita tidak perlu berbuat apa-apa yang tentang kesan jahitan luka pembedahannya seperti mencuci dan mandikannya) selepas pembedahan.Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan ialah memantau luka untuk memastikan bahawa ia masih kelihatan sihat dan bersih serta tiada tanda-tanda jangkitan.
***Jangan biarkannya menjilat jahitan lukanya kerana inilah punca utama kerosakan luka pembedahan serta menyebarkan bakteria mulutnya ke luka, membasahkan luka serta mudah dijangkiti .Dalam kes-kes yang teruk,sebenarnya kucing cuba menarik keluar jahitan dengan gigi mengakibatkan luka pecah***
Periksa barisan jahitan perut setiap hari untuk sebarang tanda-tanda kemerahan,bengkak dan keadaan luka  pembedahan biasanya akan hilang/sembuh selepas 3-5 hari pertama selepas pembedahan) serta juga untuk tanda-tanda jelas jangkitan seperti cecair kekuningan atau hijau dilukanya ,bernanah teruk atau tanda-tanda bahawa luka berpecah dan lain -lain).Jika terjadi tanda-tanda yang tidak normal seperti ini, perlu dirujuk kepada doktor haiwan.
Pantau sikapnya selepas pembedahan:Kucing akan kembali normal dalam masa 1-3 hari selepas pembedahan dan ianya akan makan, minum, membuang air kecil, air besar dan mula aktif seperti sediakala sepertimana keadaannya sebelum pembedahan.
 Jika ianya masih dalam keadaan tertekan, tidak makan, tidak minum,tidak membuang air besar/air kecil . Anda perlu membawanya ke klinik doktor haiwan dengan segera untuk pemeriksaan lanjut/susulan.

77 comments:

ctpayong said...

terima kasih banyak2 atas info ini sbb lepas raya ni, waiting list utk di spay panjang berderet.

again thank you so much.

Kucing Utara said...

sama2...ntri ni pun atas pertanyaan visitor samada di blog dn juga FB kucingutara, jdi tergerak nk kongsikan ceritanya

Anonymous said...

tapi kucing sy mati slps 5hari spay...sedih sgt2...rasa menyesal dan berdosa kat dia...dia mati sbb sy....

Nouri said...

hah ye ke...saya baru ingat nak spay kucing saya lepas dia dah beranak dan lepasi tempoh untuk spay..risaunyer...huhuhuhu

Kucing Utara said...

jika sudah selamat tu xda masalah

Anonymous said...

yer cik nouri...kucing yg amat2 sy syg mati lps spay..kalau sy blh putar blk masa,sy x nak bawa dia buat spay..kalau blh pilih lah alternatif lain..sampai ke hari ni sy menangis terkenangkan dia..tuhan saja yg tahu betapa menyesalnya sy...

Unknown said...

salam..blh sy tau brpe lama kita kene bg kucing baru dimandulkan makan wetfood?

Anonymous said...

salam. sy memang emergency sangat dah. sy mandulkan kucing & doc arahkan bawak balik ke klinik lepas 10 hari untuk buka jahitan. tp sy terlupa dan terlajak berhari2. sampai lah skrg sy baru perasan yang jahitan dekat perut kucing sy dah tak ada. tp semua ok tak ada apa kesan. cuma jahitan takda. sy nak bawak pergi kedai kucing skrg tp klinik tutup. tolong!

Kucing Utara said...

rasanya xda masalah

masz said...

Kucing sy pn mati lpas neuter..mmg sdih klu kucing yg kita syg pergi mninggalkn kita..klu dpt putarkn balik masa sy xnk neuter kucing sy..kucing lain pn ada tp xsama yg seekor ni..sy dh trauma nk neuter kucing lagi..menyesal dan rasa brsalah..huhuhu

Anonymous said...

Bole letak ubat gamat x dekat luka pembedahan? But kucing sye buat operation sbb x bole beranak.

Kucing Utara said...

boleh...

Unknown said...

Kucing sy demam lepas 5 hari kena spayed.. Sy risau la.. Normal ke tak ye??

Kucing Utara said...

selepas pembedahan jika demam(ini adalah symptom bukan penyakit)..yg agak berpanjangan tu elokla refer ke vet yg buat pembedahnnya utk kenalpasti puncanya demam.

Ainaa~ said...

saya ada persoalan

sy ad bela kucing amek dkt org..and dia mmg suka gigit and cakar...

hari tu dia on heat pancut sni sana so solution nye sy pegi kasi..

org kata lepas kasi akn jinak ,manja skit...tp walaupun sy layan dia kdg2 pun dia suka sgt gigit...

and berat badan dia biasa je x naik2 wlau dia kuat mkn..

ke sbb dia xd kwn? tp sbb sy rumah tmn mak x bg bela byk2..

harap dpt beri bantuan ap yg sy nk lakukan :(

Kucing Utara said...

pancut merata adalah tandaan kawasannya..xda kaitan dgn nafsu mengawannya tpi utk keselesaan & keselamatan utk dirinya.Cakar/main kasar pun nalurinya kerana mereka suka memburu..di"kasi"kan hnya dpt mmbntu ianya mmberontak/meraung2 gila2 sja

Unknown said...

hye..sy nak tnye...khamis lepas sy spay kucing sy.. tp sampai sekarang kucing sy xmakan n xminum...kenapa yek??dia asyik tdo je..

Unknown said...

Hye...sy nak tnye..khamis lepas sy spay kucing sy..tp smpai skrg dia xmkn n xmnum...kdaan nie normal ke??

Kucing Utara said...

ya ...sbb jika ianya masih mkn ubat-ubatn yg dibekalkn ..kucing masih lagi "mabuk"..jika berterusan sehingga keadaannya lemah/xbermaya perlu bwa utk medical c/up di klinik yg sama

Anonymous said...

Nk tnya ms kucing lps menjalani spay berapa lama tempoh dia mabuk...kucing sy dh msok 8 jam lps mjalani proses pemadulan tp msh baring g... x da apa2 ke... adakh perlu kt bg minuman mgunakan sirin or biarkan sehingga tempoh 24 jam.

Anonymous said...

Salam nak tanya, saya baru spaykan kucing saya minggu lepas, luka nampak dh kering and baik sikit tapi kenapa mcm gelembung ye, dia mcm bulat tp dlm bdn bkn mcm kudis, mcm perut buncit gitu lah, tp kat kwsn luka tu je, nak tanya bahaya tak or just perut masuk angin je....mohon penjelasan, dh 3hari mcm ni...😡

Kucing Utara said...

Antara Kesan pemandulan adalah bengkak dipmbedahnnya seperti bengkak radang,Ketulan,hernia bernanah dll. Bengkak radang trhasil dari trauma dalam tisu di di kwasan pembedahan yg juga t/balas penyembuhan semulajadi. Bloated /kembung mungkin bersifat smentara sja dan ada juga kucing yg dimandulkn memang akan nmpak perutnya jdi membulat

Anonymous said...

Saya da mandulkan kucing saya 18 ogos...24 ogos benang jahitan da terbuka..ok ke...atau terlalu awal..perlu ke sy rujuk ke vet

Anonymous said...

Saya da mandulkan kucing saya 18 ogos...24 ogos benang jahitan da terbuka..ok ke...atau terlalu awal..perlu ke sy rujuk ke vet

Kucing Utara said...

seeloknya rujuk kembali ke vet sbb jahitan terbuka boleh mudaratknnya kerana infection/jangiktan kuman dll

Unknown said...

Saya nk tnye..kalau kesan bengkak...bwa g klinik ke??

Kucing Utara said...

Jika kemerahan, bengkak, sakit, atau ada cecair keluar dari tempat pembedahan itu,,,elok ke klinik kembali.terutamanya jika ianya tidak bermaya/letih dan tidak makan, ini boleh menjadi serius.

Chicz said...

Tumpang tanya. Kucing betina saya baru masuk hari ketiga since dia dimandulkan. Di rumah, kucing perlu dikurungkan dalam sangkar atau boleh dilepaskan berkeliaran (indoor)?

Kucing Utara said...

xda masalah ..yg penting kesan jahitannya elok

Unknown said...

kalau merah semakin besar..knpe ea...merah die..cm pecah darah dlm kulit...cm da biru2x...dan hampir merebak ke tmpt lain juga

Unknown said...

Salam..cat lover ..ad hal yg mrnsingkn sya psl kcing sya mohon dberi pncerahan..pd 25.6.2015 kcg sya dh spay ,alhmdllh dye sembuh blik spt biasa mlh smkn mnja ttpi yg mrnsgkn sya start ptg smlm11.10.2015 smpai ke ar ni dye mnjkkn simtom2 mngawan.mengiau xbrhnti,ttunggeng,adakah ini normal, adakah ianya mmg akn blku wlpn dh spay..tq

Unknown said...

Salam..cat lover ..ad hal yg mrnsingkn sya psl kcing sya mohon dberi pncerahan..pd 25.6.2015 kcg sya dh spay ,alhmdllh dye sembuh blik spt biasa mlh smkn mnja ttpi yg mrnsgkn sya start ptg smlm11.10.2015 smpai ke ar ni dye mnjkkn simtom2 mngawan.mengiau xbrhnti,ttunggeng,adakah ini normal, adakah ianya mmg akn blku wlpn dh spay..tq

Kucing Utara said...

ya...tiada masalah sbb bergntung kpda hormone kucing tu sendiri secara detailnya sila rujuk entri blog bertajuk 'kucing dimandulkan galak kembali'

Unknown said...

Hello 👋 all. Nak tanya ni. Lepas spay boleh terus kasi makan & minum ke?

Kucing Utara said...

boleh

Ayu MAn said...

kucing saya spay pada hari khamis.. hari jumaat pg dia dag mula mkn Dan minum.. masuk hari sabtu Dan ahad dia xmkan langsung... minum air saja... saya ada suapkan mknan.. dia berdengus marah... xlama lepas tu dia muntah... dia bnyak tidur saja.. saya risau... adakah benda ini normal? kesan luka spay OK.. xda bengkak nanah ....

Kucing Utara said...

xda masalah sbb mmng begitu tindakbalasnya selepas pembedahn

Ayu MAn said...

dia nmpak lemah setiap Kali bgun tidur, dia akan pergi minum kemudian kencing kemudian tidur balik... ada saranan apa2 tak untuk dia makan semula... saya risau.. ni Kali pertama saya spay kucing..

Kucing Utara said...

sebab dia dlm selfhealing nya ,,selagi dia minum tu ok

Ayu MAn said...

terima kasih lega hati saya sekarang...

Anonymous said...

Kucing saya baru je neuter (kucing jantan) selepas 3 jam pembedahan kucing terkencing dalam carrier menyebabkan luka bekas neuter basah. Apa patut saya buat?

Anonymous said...

Nak dapat kepastian...mmg kat atas dah ada soalan mcm ni...tapi saya still nak tanya..hari ni dah msk hari ke 4 slps spay..saya risau badanya smkn kurus...tak brp nak mkn.rasanya dah 2 hari dier tak berak. Mcm mn nak buat.minta nasihat.lagi satu bila masa yg sesuai utk kita buka kolar pd lehernya sbb rasa dier krg selesa dgn kolar tu.

Anonymous said...

Hi,kcing sy dah msuk smnggu 2 hri slepas spay. Mkan mnum smua normal. Jhitan pun dah buka.. Ttpi bhgian pembdhan dia ada ketulan? Is it normal?

Kucing Utara said...

normal dari kesan jahitan jika terhasil lump..tpi sila pantau keadaan jika semakin membesar dan perlu ke vet

Unknown said...

Hello...kenapa kucing after spay air liurnya meleleh

Kucing Utara said...

simptom sementara kerana ubatan semasa spay

Unknown said...

hi, peanut saya baru di spay 1 minggu, dia sangat aktif dan asyik nak keluar je dari cagenya..saya selalu pantau jahitan dia tu, kelihatan sedikit benjolan dan ada luka sikit..adakah itu normal? sabtu ni akan bwk dia pergi follow up checkup.

Kucing Utara said...

bekas jahitannya masih baru dan jika ia aktif akn memudaratkannya ...elok ke klinik utk pemriksaan susulan

◤därkspidÑ”rz◥ said...

Hi. Kucing sy br spay 17 oct lps. Tp dlm sminggu jahitan tcabut dan luka belum bcantum. Jd bwk ke vet kali ke2 utk jahit bhgn luar. Skrg luka dh fully cantum cantik.

Mslhnya :
-ada benjolan keras kt situ.
-Ada jgk mcm tompok merah kt lapisan kulit (mcm pendarahan berlaku dr dlm)

Tu normal ke? Sy takut ada pendarahan dalaman je. Tlg bantu..tq

Kucing Utara said...

benjolan terhasil sebb jahitan kali kedua dan tompokan merah tu sebb masih baru lagi jahitannya

Unknown said...

Salam hi nak tanya saya baru mandulkan kucing saya semalam.. jadi bila boleh buka balut kt tempat operation tu ye..

Kucing Utara said...

balautan adalah utk elakkan jangkitan kuman dan juga elakknnya menjilat.Biarkannya berbalut sehingga betul2 sembuh.

Unknown said...

Salam..tumpng tnya..kucing sy br spaykn ..x dikurng bebas bjln blari n mmnjt ..n hr ke 3 jatuh dlm kolam ..hr ptma cntik kesan luka pas x kurng nmpk ada bengkak..n hr jth kolam ada pdrahan skit je..x mleleh cuma mcm stitis je kuar dr celahan ats skli luka jhitn..ms jatuh x dkeringkn sbb sy bkeje balik br tau..bwk g vet dpt ubt anti imfamation n antibiotik.doc ckp kena kurungkn n limit pegerakan tp bengkak tu lembik ms tu sikit je, now dh besar bengkak tu tp luka kering n cntik..dia bengkak keras n kmerahan .kucing sihat siap nk main lg..sy risau la perut dia pecah ke..nape ada bengkak tu..ni br hr ke5..kucing still active, mkn minum ok tp now ttiba berak cair..n bengkak mkin besar dn keras..ape ptt wat ye..tggu hr ke 10 utk g vet or perlu g trus..nape jd mcm tu..ke normal bengkak tu..x smpai hati nk kurungkn..mlm tido je kurung siang kurung jgk tp dlm bilik open air cuma dia bebas utk mmanjat n main la..sy risau bengkak tu knpe normal or not..nmpk membesar bengkak tu tp kucing active..tolong sy risau sgt2

Anonymous said...

Sy 1st time mndulkn kucing...hri ni dh msuk hri ke5...hri2 sblm ni vet yg jga..adakah normal kucing sy tiada selera mkn n kesan benjolan pd bhgian perut kucing sy tu??

Kucing Utara said...

bengkak adalah tindakbalas kesan/tempat jahitan dan ini sementara saja manakala benjolan terhasil juga disitu kerana bergantung kepada keadaan lapisan kulitnya secara bioligikal.

Anonymous said...

Salam nak tanya. Saya baru saja mandulkan kucing saya beberapa jam yg lepas di klinik kerajaan. Saya dah beli collar seperti yg disarankan doktor tapi kucing saya membukanya dan sentiasa cuba menjilat lukanya. Ada tips tak untuk halang dia dari jilat luka tu? Saya tak dapat nak pantau 24 jam memandangkan bekerja.

Kucing Utara said...

wasalam...sukar nak halangkannya tanpa e-collar.

Anonymous said...

Atan aka jantan dah dua minggu kena kasi, td baru perasan tmpt operate kasi dia tu ada warna hitam..kenape ye?

Shylle said...

Kenapa kucing jantan saya selepas dimandulkan tempat lukanya msih belom sembuh walaupun dh keempat hari dimandulkan? (Msih ada Lendir2 seakan2 darah pada tmpat luka).kucing sya juga tidak brhenti mnjilat luka tmpt operate tu. Adakh ini normal atau pelukah sya rujuk vet? Please answer me. Sya sgt2 risau ni sbb kucig sya ni jk yg berkeadaan begitu.kucing sya 2 ekor yg lain semua ok jak ( operate hari yg sama). Apakh ada cara2 yg alami untk mngubat maslh kucing sy ni?sya tkut vet tu cuai. Tq.

Balqis said...

Nak tnya lepas kena operate perut, 1minggu lebih tu ank kucing ni menyusu bdn kucing tu yg kena operate, besok tu yg bahagian operate tu tetiba bengkak. Tak ada apa2 ke tu?

Kucing Utara said...

elok rujuk vet kembali sebb sembuhan kesan jahitan adalah penting utk elakkn jangkitan,,

Anonymous said...

Assalam, minta pencerahan. Kucing jantan saya (Ciko) dikasi pagi tadi. Atas urusan kerja, tghari baru saya ambil. Vet ada bagitau yang kucing saya terlalu aktif dan dos bius terpaksa digandakan. Tghari dan petang dia tidur (kesan bius), sesekali terjaga. Dan malam ni saya tengok Ciko lain macam. Kaku tak bernyawa lagi. Selain ajalnya, adakah sebab bius yang menyebabkan kematian kucing saya ni? Sakit hati pun ada, menyesal pun ada pegi kasi Ciko!

Anonymous said...

Biasanya apa punca kebiasaan kucing jantan mati lepas dikasi tuan?

Kucing Utara said...

tidakpasti...sebab tidak pernah lagi berpengalaman kucing mati selepas dimandulkan.

Anonymous said...

Adakah normal jika kucing tidak berak selama lima hari selepas dikasi?? Kucing itu berak pun sangat sedikit dan seolah-olah ada najis yang masih tersekat.. Saya nak mandikan tapi takut kena infection. Kesian kucing itu kotor.. Apa penyelesaian yang terbaik?

Dunia Bebek said...

salam ,nk tnyaa , lepas vaksin tempoh nak mandulkn kucing brape hri ? klau sehari dua boleh ke . sbb dh tak snggup nk tngok kucing menggatai cam tajan saket nk mengawan

Anonymous said...

As salam ..
Kucing sy baru spay 3hari tp benangnya sudah terbuka. Skrg sy risau sbb kelihatan masih basah pada luka di perutnya wlwpun luka tu keadaan tertutup. Skrg ap yg perlu sy buat, pergi balik ke vet utk dapatkan rawatan semula?

Kucing Utara said...

sebaiknya ke vet

Anonymous said...

Kucing jantan saya dimandulkan 3 hari yang lalu...sekarang dia akan menyorok sekiranya kucing betina ada berdekatan...adakah ini normal?

Anonymous said...

Ikan keli kucing yg lepas kasi tak boleh makan ke? Kucing saya baru seminggu kasi td bg rasa ikan keli. Lps tu ada macam air keluar dr tempat luka dia. Dia jilat dan air tu non stop keluar. Hmm

Kak Pija said...

Nak tanya.kucing betina saya sudah dikasikan ..selepas 14 hari baru saya noticed ada benjolan ditempat luka itu.setakat ini dia aktif...boleh tahu kenapa ya

firanu said...

Kak, saya mau tanya dong. Kucing saya sudah dikebiri satu Minggu yang lalu,tapi belum dilepas jahitannya karena Puskeswan nya sudah tutup. Jadi skrng saya harus gimana? Apa jahitannya akan terlepas sendiri, apa gimana?

Unknown said...

Kucing saya baru ja dimandulkan..tpi dia ganas nk mampus..risau bekas jahit tercabut..lepas tu dia tumpahkan air minum..kena luka jahitan..selamat ka??

Unknown said...

Hi Sana. Kucing saya baru semalam lepas dimandulkan. Time saya bawa kucing tu jahitan luar Masih Ada. Lepas saya rumah saya perasan jahitan tu tak de. Tapi saya lihat Luka Tu Masih tertutup. Nak gi clinic tutup Pula. Boleh advice

Unknown said...

pakaikan bju..sy buat cmtu..ambil lengan bju yg xpkai..gunting dn tebuk lubg utk tgn n kki kucing..tp kne ukur la

sahye punye belog... said...

assalam...petamg td sy baru spay kucong betina sy...sy pelik kenape dktor vet x bagi ubat tahan sakit...memang xperlu mkn ubat tu ke camne?malam ni sy tgk mika serba xbtol lepas ubt pelali tu abiz...kejap pusing ke sane kejap pusing ke sini...kesian sy tgk die...what should I do??

Biha said...

Kucing saya selasa haritu bawak gi mandul. Skrg jahitan dia terbuka dan lukanya belum bercantum lagi. Jadinya mmg nampak lubang sebesar lebih kurang 1inci. Esok saya bawa semula ke klinik. Adakah boleh memudaratkan kucing saya 😔

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...