Monday, February 4, 2013

Banyak manakah kucing perlu makan?

Ini adalah persoalan yang selalu bermain-main di fikiran di antara peminat/penyayang kucing terutamanya dari pemilik kucing yang pertama kali memiliki kucing dn mahukan penjagaan terbaik untuk kucing kesayangan mereka iaitu "Berapa banyakkah makanan yang perlu diberikan kepada kucing?".

Jumlah Kalori yang diperlukan oleh Kucing:
Secara asasnya jumlah yang diperlukan adalah:
80 kalori setiap berat badan kucing 1 kilogram setiap hari (80cal/kg/hari)
*** ini berdasarkan kepada kucing dewasa aktif  dan adalah panduan semata-mata bukannya dari fakta***


Sebagai contoh>>>Berpandukan kepada keperluan kalori yang diperlukan ini , anda boleh cuba membuat pengiraan jumlah kalori yang diperlukan kucing kesayangan setiap hari.Sebagai contoh berat kucing anda dalam lingkungan 3kg , dan ini bermakna ianya memerlukan jumlah kalori setiap hari adalah 240 Kalori.

Jumlah kalori dari makanan:
Secara umumnya setiap cawan dryfood (dari jenis makanan kucing yang premium) mengandungi lebih kurang purata 300 kalori manakala makanan basah "wetfood" pula 240 kalori setiap tin.(**anda juga boleh rujuk di label produk makanannya yang mungkin tertulis jumlah kalori ) .
Berpandukan dengan panduan ini anda boleh menilai jumlah yang kucing kesayangan perlukan setiap hari & ini juga mungkin membantu anda menghindarkn sikap kerisauan dalam diri tentang kucing tidak mahau makan ataupun tidak selera makan sekirnaya anda tahu perkara sebenar..

>>>Pemberian berlebihan akan menyebabknnya tidak selera makan ataupun sebaliknya gemar makan menyebabkan kegemukan<<<<

5 comments:

Ann Ishak said...

saya selalu bagi makan kucing saya 2 kali sehari mengikut kadar makanan yang mereka makan. boleh kan macam tu...

Kucing Utara said...

selagi cukup kalorinya xda masalah

ctpayong said...

kakCT pon sama mcm Ann Ishak; 2 kali sehari. harap-harap cukup kalori untuk mereka berpencak seharian.

TQ for the info.

Kucing Utara said...

cukup tu KakCt..sbb wktu pagi sekali & petang sekali sbb masa nilah depa makan Besar..

keke_pen said...

Kucing ku berat 5,2kg umur 2,5 thn (jantan)
Sehari mkn ikan kembung 1kg (6-8 ekor) perhari + whiskas basah 1 bgks + sedikit whiskas kering
Trllu bnyk Ъ itu? Kt dktr hewan sih obesitas,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...