Di hari-hari terakhir kehamilan kucing iaitu waktu sebelum kelahiran anak-anaknya, kelenjar susu sudah menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak mencukupi bagi menyambut kedatangan anak kucing yang akan dilahirkan tidak lama lagi sebagai sumber makanan mereka.Peringkat pertama susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu adalah berwarna kekuningan cair sikit dan tidak berwarna seperti susu biasa iaitu putih.Ini adalah kerana susu berwarna kekuningan ini diperkayakan dengan kolostrum ("susu pertama") dan ia penuh dengan sumber antibodi daripada ibu ( iaitu antibodi ibu sendiri), merupakan sumber penting untuk membantu anak kucing untuk melawan penyakit sebelum kematangan di dalam sistem imunisasi mereka sendiri.
Ia adalah penting bahawa setiap daripada anak kucing perlu menerima suapan susu kolostrum ataupun "susu pertama" ini dari ibu kucing dalam tempoh 24 jam pertama (secara umum ataupun yang terbaik adalah dalam masa 12 jam pertama selepas kelahiran, sebaliknya anak kucing akan menjadi mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria, virus dan lainnya dari persekitaran sekiranya terlewat ataupun tidak dapat susu ibunya sendiri.
Pemeriksaan Susu Pertama Kucing:Kita juga boleh memeriksa sama ada kucing mengandung sudah hampir waktu melahirkan anaknya dengan perlahan-lahan memicit salah satu puting untuk melihat jika "susu pertama" yang berwarna kekuningan ini =susu kolostrom ini sudah muncul ataupun terhasil. Untuk pemeriksaan ini ,Pemilik kucing harus mencuci tangannya sebaik mungkin dengan sabun antibakteria/antiseptik dan bilas dengan baik sebelum memerah supaya putingnya kerana boleh mengurangkan pencemaran bakteria puting (tangan kita mempunyai banyak bakteria dan mudah merebak kepada mereka).
Pemeriksaan ini hanya perlu dilakukan sekali sudah cukup iaitu, hanya memerah untuk membuat setitik susu untuk mengenalpastikan kehadiran "susu pertama" kolostrum saja.
***Jangan sesekali dilakukan berulang kali menekan puting susunya kerana setiap titis susu yang mula menitis keluar adalah membazir***

2 comments:
sy jmpe ank kucig berusia dlm lingkungn 1bln lbih...tnpa ibunyer,
sy de belikn susu kucig...tp kitten tuh jd cirit birit...mcm mana nk bt eh?
sblm mnum ssu tuh poo2 dia ok je..
susu buatan bukan susu ibunya adalah salah satu puncanya cirit kerana kucing lemah dlm hal hadamkn susu iaitu laktosa ..diawal bulan umurnya tu belum nmpk lagi kesan cirit sbb kucing hnya mula berak sendiri selpas umurnya lebih 1-2bulan ..sbb tu awk nmpak dia cirit & dibawah umur mereka xberak lgi cuma kluar sikit2 sja cecair melalui pngungnya...sila cari susu LAKtose free..
Post a Comment