Wednesday, April 10, 2013

Petua menukar makanan kucing

Sudah menjadi perkara biasa bagi penyayang kucing untuk menukarkan makanan kucing kesayangan  mereka kepada yang lebih baik samada dari saranan pakar ataupun dari kawan-kawan yang berpengalaman dalam pemeliharaan kucing supaya jadi lebih sihat serta cantik.Namun perkara semudah ini tidak semudah ABC untuk kucing pula menghadapi penukaran makannnya secara tiba-tiba ,malah mengundang cirit-birit.Menukar makanan kucing secara mendadak & tiba-tiba boleh menyebabkannya kehilangan selera makan, muntah-muntah, cirit-birit.


Jika ingin menukar jenis makanan kepada sesuatu yang berbeza, menukar diet secara beransur-ansur supaya ianya termakan tanpa terasa perubahan .Cara menukarkannya adalah secara beransur-ansur serta sikit-sikit untuk kucing terutama sekali sistem penghadamannya dapat menyesuaikan diri pemberian makanannya yang sama iaitu yang asal perlu diteruskan di samping penambahan/campur dengan makanan baru.
Mulakan dengan mencampurkan dalam jumlah yang kecil makanan baru anda dengan makanan kucing yang biasa dimakannya sebelum ini.Setiap hari, ditingkatkan jumlah makanan yang baru dan mengurangkan jumlah makanan yang lama dalam setiap hidangan.


Panduan Asas Penukaran ke Makanan Baru

>>Hari 1 hingga 3 - makanan 70% makanan lama30% makanan yang baru.
>>Hari 4 hingga 6 - makanan 40% makanan lama 60% makanan yang baru.
>>Hari 7 hingga 9 - makanan 20% makanan lama 80% makanan yang baru.
>>Hari 10 -  100% makanan yang baru.


*** Ini hanyalah sekadar panduan saja , hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan serta kucing itu sendiri***

6 comments:

Anonymous said...

kucing saya alergik pada ayam. saya dh tukar pada ikan. then, bila dh tukar..makin lama, dia gatal semula..2x sy bwk pergi jumpa doktor. please help me

Kucing Utara said...

sila rujuk kepda entri hal alergik makanan,,rasanya kucing awk mngkin bukannya alergik kpda makann

Anonymous said...

Kucing sy tllu memilh mkn.. Sy sndri tk thu nk bg mkan ape.. Mcm mne nk buat ye ?

Kucing Utara said...

sila tetapkan makann yg hendak diberikn dn jgn tukar utk selama 3-6bulan utk keserasiannya.Bila tiada lgi sumber mknn dia akn mkn

Unknown said...

sy nak tny kucing kalau kuat tukar makanan dy akan cirit birit kan. Adakah cirit birit sebab tukar makanan ni boleh menyebabkan kucg mati? sebab sy kuat menukar makanan sebab nak bagi kucg mudah gemuk dan ada selera makan...

Kucing Utara said...

masalah kesihatan akn terganggu jika cirit berterusan dn sebbkn dehydration ..jika sementara sja cirit sebb masa peralihan mknn baru tidak ada masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...