Giardiasis adalah jangkitan usus samada kepada manusia dan haiwan seperti anjing termasuk juga kucing kesayangan kita disebabkan oleh parasit protozoa yang dikenali sebagai Giardia intestinalis yang mendiami di dalam usus.
Kesan dijangkitinya:
Parasit ini akan melekat pada dinding usus dan menyebabkan cirit-birit serta berbau busuk yang berterusan. Najis yang dibuangkannya terdiri daripada jenis berair dan kadang-kadang mengandungi darah serta cenderung mempunyai lendir berlebihan dalam najisnya. Kadang-kadang, menyebabkannya muntah.
Puncanya:
Ia adalah mudah dijangkiti di kalangan kumpulan kucing yang padat "multicat" iaitu di suatu tempat yang mempunyai banyak bilangannya, sebagai contoh seperti di dalam kedai haiwan kesayangan, atau tempat perlindungan haiwan."Cyst" Giardia (Kitaran hidup parasit ini bermula dalam bentuk "cyst"yang tidak berjangkit yang dikeluarkan dengan najis kucing/haiwan lain yang dijangkiti. "cyst" ini adalah tahan lasak, memberi perlindungan daripada persekitaran serta tahan/kalis haba dan sejuk, kekeringan, dan jangkitan daripada organisma lain) didapati dari najis mereka sendiri iaitu keluar bersama-sama najis kucing yang dijangkiti dan ini boleh tersebar pula kepada kucing lain.
Tertelan/termakan parasit "cyst" membawa kepada jangkitan terutamanya kucing yang berkongsi kotak najis pasir dan lebih berisiko kepada kucing yang suka duduk/baring/bermain-main di situ. Sebaik sahaja memasuki usus kucing, "cyst" tersebut akan melalui beberapa peringkat kematangan. Akhirnya, kucing dijangkiti parasit ini.Najisnya pula akan memudaratkan kepada kucing lain.
Jangkitan juga boleh berlaku daripada air minuman yang telah tercemar dengan "Cyst" terutamanya bekas air berhampiran dengan kotak najisnya sendiri yang tempat terkurung seperti di dalam sangkar ataupun dari sumber air itu sendiri iaitu air yang tidak dirawat dengan klorin.
Rawatan:
Antara ubatan yang diberikan untuk mengatasi masalah ini adalah Metronidazole & fenbendazole.
Sila rujuk kepada Vet untuk ubatan yang bersesuaian kepada kucing anda.Disebabkannya mengalami cirit-birit yang agak teruk & berterusan , pemberian minum air adalah diutamakan kerana dapat mengelakkannya "dehydrate"=kurang air badannya dan risiko maut terhadap anak-anak kucing.
Pembersihan/pembasmian:
Untuk pembasmian parasit ini, boleh gunakan "bleach" peluntur klorin dalam segelen air untuk mencucikan semua perkakasnya seperti kotak pasir,bekas makanan dan sebagainya setiap hari untuk mencegahkannya.

1 comment:
kucing kalau sakit cepat sangat melarat...sian btul...
http://fantastiquegallery.blogspot.com
Post a Comment