Komponen utama dari makanan yang diambil kucing umumnya terdiri daripada - protein, lemak, karbohidrat - yang memerlukan proses pencernaan berbeza, namun masa yang diambilnya untuk pencernaan berbeza di antara kucing(termasuk factor baka, makanan yang diambil , persekitaran dll). Kandungan Fiber/serat diet, kuantiti serta jenis fiber serat,adalah komponen penting yang utama di dalam proses percernaannya. Serat/fiber larut cenderung untuk melambatkan masa percernaan"transit" (terdiri dari penyeleraian, penyerapan dll) manakala serat tidak larut cenderung untuk mempercepatkan proses ini. Laluan yang lebih perlahan boleh membenarkan lebih banyak masa untuk penyerapan nutrien yang sama meningkatkan masa transit mungkin wajar dalam sesetengah keadaan.
Masa "transit" adalah masa yang diambil kucing terhadap makanan yang dimakannya melalui tiub penghadaman. Perbezaan antara Baka/spesies, perbezaan antara individu, perbezaan dipengaruhi oleh pelbagai makanan, serat/fiber dan makanan tambahan yang dimakannya.
Walaupun kucing makan makanan yang sama setiap hari, tanpa kepelbagaian makanan, masih juga boleh mengalami perubahan dalam masa transit disebabkan perubahan dalam jadual, makanan tambahan atau ubat-ubatan, tekanan, lawatan doktor haiwan, gangguan di rumah. Peralihan sementara adalah tidaklah menjadi masalah besar sekiranya kita boleh mengenalpastikan puncanya,serta boleh ditentukan dan diperbetulkan.
Namun, jika jadual tandas kucing menjadi TIDAK menentu atau terdapat petunjuk daripada kegagalan membuang dengan sempurna ,ia adalah penunjuk yang proses percernaannya perlu diberi perhatian teliti.Yakni, sembelit.
Dehidrasi boleh menyebabkan sembelit. Dalam dehidrasi, segala-galanya dalam tubuh kekurangan air, termasuk usus dan najis.Kucing boleh mengalami dehidrasi agak cepat daripada muntah atau cirit-birit yang menyebabkan bukan sahaja kehilangan air tetapi kehilangan elektrolit .
Jika kucing terhidrat ,ini membolehkannya mengalami sembelit jika tidak ada air yang mencukupi di dalam najisnya sendiri.Jumlah air adalah pengaruh terbesar dalam pembentukan najisnya semasa proses percernaan.Tidak seperti dinding usus yang mengandungi bakteria hidup, manakala najis adalah bukan organisma hidup dan bergantung kepada jumlah air sepenuhnya untuk proses percernaan dan perkumuhan.
***Makanan yang mengandungi Fiber adalah penting untuk elakkannya mengalami sembelit di samping air minum yang mencukupi***

3 comments:
Assalamualaikum & Salam Sejahtera KU.
Saya ada kutip anak kucing umur lingkungan 4-5 bulan. Sekarang umurnya lebih kurang 7 bulan. 2 hari pertama duduk dengan saya sekeluarga, dia berak berdarah. Cirit birit. Kami ubah pemakanan bagi makanan kucing yang basah & air susu sebab dia memang x minum langsung air masak. Masa musim banjir ritu, dia sakit. Tak nak makan minum, tidur je sepanjang hari. Macam tak larat. Bawak ke klinik, doktor cakap suhu badan rendah. Selepas ikut nasihat doktor, alhamdu Lillah dia sihat. Cergas bermain makan minum semua ok. Tapi lebih kurang 2-3 hari lepas tu sakit semula. Tak bangun2, jalan pun terhuyung hayang. Keesokannya sihat semula. Selepas lebih kurang 2-3 hari, dia diserang sawan. Badan berputar2 mulut berbuih mata terbuntang. Doktor nasihatkan biar je sampai dia ok sendiri. Mungkin dia berpenyakit atau diserang virus. Doktor tak dapat kenalpasti. Pagi tadi mak saya bawa ke klinik sebab dah 3 dari dia terlantar, tak makan minum. Nampak sakit sangat2. Doktor cakap mungkin penyakit keturunan. Doktor bekalkan makanan tambahan & vitamin. Kalau dia makan (untuk tambah tenaga), means insyaAllah akan ok. Kalau tak, tunggu masa je. Ada tak sesiapa yang pernah alami situasi camni? Apa lagi yang boleh dibuat untuk bantu kucing ni? Kesian dia, nampak nak bangun tapi tak larat...
Salam ...ada beberapa kemungkinan kes dia 1) dijangkiti virus 2) keracunan dgn benda beracun..dari cerita awk ni pda pendapat KU ,kucing ni asalnya dijangkiti dan sdah recovery selepas 1st visit ke vet tu..dan kes susulannya pula rasanya ianya trmakan racun ataupun electrocute yg sebbknnya kekejangan mcm sawan tu...bekalan dri vet tu utk tenaganya dan juga pmbentukn imunsystemnya..awk perlu berikannya ikut jadual..Dalammasa yg sama perlu beriknnya mkn sekerap yg mngkin (5-6kali sehari) ..suapknnya "forcefeed'jika perlu mknn dn boleh jugak beriknnya air glukose
Salam,,sy ada 2 ekor anak kucing yg kena virus..mata bengkak,ad ulser kat mulut, bersin..dh bwak pergi vet..Dr ada bagi antibiotik,ubat mata ngan ubat selesema..tapi kenapa ye,lepas dari hari jumpa vet tu,anak kucing saya cirit..adakah sebab antibiotik @ salah satu symptom penyakit tu..makanan mmg tak tukar..lagi satu, supplement apa yg terbaik utk kucing sy ye..sy ada twrbaca pasal lysin syrup..ada jual kat mana ye?..
Post a Comment