Friday, January 24, 2014

Kurangkan "heat" kucing betina galak

Bilamana kucing betina yang galak iaitu mengalami kitaran "heat"nya ianya akan meraung-raung,membuat bising dan lain-lainnya sikap berubah selagi tidak dipertemukan jodohnya.Perkara ini hanya diatasi sekiranya dapat mengawan dengan pasangannya.
Kucing betina juga akan lebih mengelakkannya makanan serta berat badannya akan susut sedikit.Yang menjadi masalah, bulunya juga akan gugur disebabkan jika keadaan ini berterusan.

Pokok kucing galak
Antara petua yang boleh kita lakukan adalah memberikannya bermain-main dengan pokok kucing galak dan dapat mengurangkan kesan 'heat' galaknya.


Dari pengalaman KucingUtara, Ibu kucing kami bernama "Daisy" baka Mainecoon ini sudah beberapa hari menjerit-jerit, meraung-raung mahukan dikahwinkan lagi,Disebabkan ianya baru saja melahirkan anak-anaknya 2 bulan yang lalu, kami perlu kawal supaya ianya tidak mengawan buat sementara waktu demi kesihatannya sendiri.


Sepohon Pokok kucing galak diberikan kepadanya dan tanpa melengah lagi ,ianya terus mendekati dengan langkah seperti berikut >>>Menghidu dari pangkal ke akar >>> mengesel-geselkan badan seketika>> melompat-lompat>>>menbaringkan badan atas batang pokok kucing galak>> diulanginya beberapa kali dan akhirnya ia memakan bahagian akar pokok ini serta juga beberapa dedaunnya sekali.
Alhamdullillah, semenjak waktu itu ianya tidak menunjukkan tanda-tanda galak lagi, seolah-olah "heat"nya tiada lagi untuk sementara sehingga "next Cycle".

***Secara umumnya pokok kucing galak ini akan menarik perhatian kucing tanpa batasan jantinanya dan memang digemari kucing jantan kerana ianya meransangkan nafsunya.Namun, ada sesetengah kucing yang tidak menunjuk minat langsung dengan pokok ini***

<<Apa yang dipaparkan di sini adalah hasil dari tindakbalas kucing betina kami, berkemungkinan tidak menjadi kepada kucing betina anda>>>

5 comments:

Anonymous said...

Di mana nak dptkan daun pokok ni

Unknown said...

Bersepah pokok ni kat tepi jalan. Pokok liar ni

Anonymous said...

tumpang tanya, kucing sy dh 2 kali branak, last dia branak tahun ni bulan Feb. skrg ni dia tgh on heat, blh ke kucing branak lebih drpd 2 kali??

Kucing Utara said...

sebaiknya selang setahun

Oneumiey said...

apa patut saya lakukan jika kucing saya ingin megawan sesama saudaranya... oleh kerana saya peliharan sepasang adik beradik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...