Sunday, March 9, 2014

Tumor & Kanser rahim kucing

Tumor rahim adalah kanser yang terhasil daripada rahim.Kebiasaannya didapati kepada kucing pertengahan umur dengan kucing peliharaan lebih tua.kanser adalah punca utama kematian di kalangan kucing lebih tua. Ia adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal, dan memberi kesan kepada pelbagai jenis sel dan organ-organ dalam badan.

Latarbelakang & Pengenalan
Kucing pertengahan umur atau lebih tua akan menghasilkan pyometra. Risiko adalah begitu tinggi, ia boleh dianggap sebagai kebarangkalian yang berkaitan dengan proses penuaannya. Pyometra adalah jangkitan rahim yang biasanya berlaku kira-kira enam minggu selepas akhir kitaran "heat"nya.Semasa "heat" ataupun galak, fungsi rahim imunisasi(dayatahan)nya ditindas, dengan itu membolehkan bakteria untuk memasuki rahim dan menyebabkan jangkitan. Setelah dijangkiti, rahim akan bengkak dan dipenuhi dengan nanah & toksin. Tanpa rawatan, ianya mengundang maut.

Antara simptomnya:
>keputihan
>kempis/kenduran perut
>Anorexia (kurang selera makan)
>sembelit
>muntah
>susut berat badan
>kelesuan
>Meneran untuk membuang air kecil kerap membuang air kecil
>Kekurangan "heat" seksual(kucing betina yang tidak menunjukkan galak)
>"Heat"/galaknya berterusan
>Pyometra
>Gynecomastia
>Pendarahan berlebihan(kencingnya berdarah)


Rawatan:
Doktor haiwan akan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh kepadanya(seperti ujian darah, , panel elektrolit, ujian kencing dan lain-alain). Doktor haiwan akan mendalami sejarah kesihatannya sebelum ini untuk mengenalpastikan punca-puncanya serta membuat andaian tepat tentang yang dihadapinya. X-ray dan imej ultrasound abdomen & dadanya adalah salah satu kaedah untuk mengenalpastikan bukti kehadiran tumor.Imej X-ray mungkin menunjukkan di bahagian tengah perut membesar di sisi ataupun kedua- dua belah berhampiran buah pinggang, atau pengumpulan cecair di dalam rongga abdomen. manakala ultrasound abdomen boleh mendedahkan maklumat yang sama , tetapi dengan sensitiviti dan terperinci yang lebih besar.Sampel cecair ini mungkin akan diambil untuk ujian lanjut.

Jika saiz tumor adalah kecil  dan pertumbuhan minimum, doktor haiwan mungkin mengesyorkan pembedahan untuk membuang tumor sebagai langkah pencegahan.Tumor boleh dikeluarkan melalui pembedahan, dan secara amnya tidak memerlukan tinggal lama di klinik haiwan.

Photo "rahim" yang berjaya dibedah-buangkan di klinik dengan kos rawatan/pembedahan dalam anggaran rm2000.

1 comment:

HoneyBee said...

As salam..,

ank kucing mengalami hernia difragmatcs...msih belum dibedah

dilemma mmg nk bedah, tp risau kehilangnnya jika x berjaya. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...