Monday, April 7, 2014

Atasi Kucing Rasa Takut

Keadaan resah/gelisah bilamana kucing menghadapi ataupun berdepan dengan kita ataupun haiwan lain seperti kucing ,anjing dan sebagainya termasuk kehadiran kita yang baru pertama kali bertembung dengannya, diatasinya secara fizikal dengan membuat bunyian desiran, meninggikan ataupun keluarkan/mengembangkan bulunya supaya kelihatan lebih besar untuk menakut-nakutkan saingannya.Ataupun kucing bertindak untuk mengalah secara terburu-buru di awal pertemuan dan ini membawakan dirinya dalam keadaan ketakutan.

Namun begitu ,setiap kucing adalah berbeza dari segi tahap tindakbalasnya terhadap benda hidup baru dan mereka mempunyai cara sendiri untuk menangani krisis pertembungan ini dan akan memutuskan apa yang dihadapinya samada bertindakbalas ataupun mengalah.

 
Kucing secara semula lebih bersikap malu-malu serta berkemungkinan rasa mudah takut kepada benda hidup lain yang boleh mengancamnya dan lebih suka menghabiskan banyak hidupnya bersembunyi, manakala ada juga kucing secara semulajadi lebih yakin dan kurang rasa takutnya serta mudah menyesuaikan dirinya dengan cepat daripada peristiwa menakutkan.

Tandanya rasa takut
Kucing mungkin menunjukkan tingkah laku yang berikut apabila dia takut:
>melarikan diri
>menyembunyikan diri ,menyorok
>Perubahan tingkahlaku (yang termasuk bunyi desiran, memukul, menggigit, menggaru, menegakkan/mengembangkan bulu dan ekornya, melengkung belakang,  dan mendatarkan telinga dan sebagainya)
>Menjilat-jilat diri secara berlebihan
>Duduk setempat tersembunyi
>Terkencing/berak (Kehilangan kawalan pundi kencing/usus)

 
Apa yang perlu dilakukan
Langkah-langkah berikut untuk mengurangkan rasa ketakutan/kebimbangan kucing :
>>Jika kucing sihat, tetapi suka bersembunyi, biarkannya bersendirian untuk membolehkannya rasa yakin kerana ia akan keluar apabila dia bersedia.Kita perlu pastikannya mudah untuk mencari makanan, air dan kotak najisnya yang disediakan.Dan juga pembersihan kotak najis serta menukar makanan dan air setiap hari supaya anda tahu sama ada dia makan dan minum  
***Memaksa dia keluar dari tempat persembunyiannya hanya akan membuat dia lebih takut**

>>Pastikan apa-apa hubungan dengan rangsangan ataupun punca takut untuk minimum sehingga ianya rasa selesa/yakin.
>>Makanan adalah peransang untuk kucing berbaik-baik, jadi jika kucing takutkan seseorang di dalam rumah, dia harus memberinya makan supaya terjalin hubungan antara mereka.

 Apa yang tidak boleh lakukan
>>Jangan menghukum kucing anda untuk tangani tingkah laku ketakutan kerana hukuman akan membuatkannya rara ketakutan lebih teruk.

>>Jangan memaksa kucing anda untuk menghadapi benda atau keadaan baru yang menakutkannya. Sebagai contoh, jika ianya takut orang tertentu, jangan biarkan orang yang ianya takutkan itu memegangnya secara mendadak/tiba-tiba. Sebaliknya, membantu kucing mengatasi rasa takut dengan orang yang ditakutinya seperti mula memberikannya makan, bermain-main dengannya secara beransur-ansur.
**Rasa takut kucing untuk pemulihan ambil masa yang lama juga kerana bergantung kepada kucing sendiri dan ketakutannya juga boleh sebabkannya lebih bersikap aggresif ***

 

13 comments:

Unknown said...

Salam, sy nak tanya, sy br bawa balik anak kucing parsi umo dlm 2 bulan.. Kucing ni asik mengiau jer... Adakah sebab takut atau lapar? Lg 1 masalah kucing ni xnk makan... Dah try bg dryfood and wetfood pn xnk....dah 3 hari kucing ni dekat rumah br...any idea untuk bg die mkn and tenangkan die...? Tq

Kucing Utara said...

salam.. ni masalahnya jika di tmpat baru & perlukn masa utk keserasian & keselesaannya

Ailove Uhusband said...

salam..saya nak tnya..kucing jantan yg baru mengawan akan berubah laku jgk ke? sebab kucing saya sekarang dah pandai gigit dan cakar saya lepas bergaduh dgn kucing lain. sebelum dia mengawan dia tak gigit dan cakar saya pon walaupon dah bergaduh.

Kucing Utara said...

Salam..ya ni pun puncanya jadi gitu sebb jika awk perhatikan selepas mengawan kucing betina kan serangnya ...

Anonymous said...

saya ada seekor kucing yg sedang bunting di rumah..hari ini saya br sahaja adopt seekor lg kucing dgn 4 ekor anaknya..bila sampai sahaja di rumah..kucing2 saya mula bergaduh..apa yg perlu saya buat?

Unknown said...

Salam..saya ada seekor anak kucing betina umo 5bulan..dia baru lepas kena belasah..sekarang dia xnak makan..x aktif macam selalu..saya sudah bagi air kelapa..apa lagi ye saya perlu buat?

Unknown said...

assalam ... sy ad jumpa sekor anak kucing...dia ni takut didukung,x berani melompat,nk pakai cat litter pon x nak.. sy letak dy kt cat litter mengiau mcm smthing yg x kne.... mcm mne pndgn

NrdrnHsn said...

assalamualaikum. saya nk tnya. knpa anak kucing saya bergaduh sesama mereka sendiri?

Anonymous said...

Assalamualaikum,kucing saya tiba2 takut dengan anaknya...kenapa boleh jadi begitu?

Kucing Utara said...

bukan ianya takut dengan anak sendiri..ini adalah sikapnya mengelakkan diri dari anak2nya belajar berdikari jika mereka sudah besar.

Unknown said...

Salam. Saya nk tnya. Kucing saya jenis agresif dan aktif. Dia suka main kat luar je. Lepastu baru2 ni dia gaduh dgn kucing yg lebih besar daripadanya. Sejak drpd tu, dia jdi diam and tak keluar rumah pun. Dia tercirit bnyk kali. Apa perlu saya buat?

Unknown said...

Salam . Nak tanya , kucing saya kerap bersmbnyi & sering ketakutan sejak akhir2 ni . Saya dah lama bela dia dari umur dia 6 bln lagi tiba2 skrg dia berubah . Apa perlu saya buat ye?

NUR INSYIRAH said...

saya takut kucing tapi ada kucing masuk rumah saya. nak bagi makan rasa takut
macama mana ni???????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...