Tuesday, May 6, 2014

Pembentukan Kemahiran Sosial Anak kucing

Kucing-kucing  yang sudah membiasakan diri & hidup di kalangan kita iaitu menerima kehadiran kita ,akan menjadikan anak-anaknya juga lebih cenderung dengan baiknya mudah  menerima kehadiran/kewujudan kita di dalam lingkungan habitatnya.Malah,kita juga berperanan penting untuknya mengenali kita supaya menerima kehadiran kita dengan melalukan beberapa langkah seperti ,”petting”/mengusap-gusapkannya, dan bermain dengan anak kucing baru untuk membantunya membangunkan sifat kenal "manusia."

Sebaik-baiknya, anak-anak itu perlu tinggal bersama-sama dengan ibu & adik-beradiknya (ataupun"Role-model" kucing lain) untuk sekurang-kurangnya 12 minggu.

Garis panduan umum bagi peringkat anak-anak kucing semasa mereka 18 bulan pertama kehidupan.
Anak Kucing “yatim paitu” atau terpisah daripada ibu mereka  sering gagal untuk membentuk kesesuai an diri dalam " kemahiran bersosial, " seperti  pembelajaran bagaimana untuk berkomunikasi  , makna gigitan menghalang ,gigitan bermain-main dan sebagainya.Bermain adalah penting bagi anak-anak kucing kerana ia meningkatkan penyelarasan mereka secara fizikal, kemahiran sosial, dan tahap pembelajaran. Dengan berinteraksi dengan ibu dan adik beradik mereka, anak-anak itu meneroka proses kedudukan/ ranking ( "siapa yang bertanggungjawab" ) dan juga belajar " bagaimana untuk menjadi kucing. "yang sebenar.Dengan ini bagi anak-anak kucing yatim piatu ini perlulah dengan mesra kita bermain-main dengannya  dalam tempoh  15 hingga 40 minit sehari (ketika umurnya 7-8 minggu pertama kerana masa ini lebih cenderung untuk membangunkan otak yang lebih besar). Mereka lebih penerokaan, lebih suka bermain, dan pelajar yang lebih baik.

 
Ketika umur 7- 14 minggu adalah masa anak kucing akan bermain secara aktif. Sepertimana yang dikatakan tadi, “Bersosial” dan “Bermain objek” dapat bantu meningkatkan koordinasi fizikal anak kucing dan kemahiran sosial. Kebanyakan pembelajaran adalah melalui pemerhatian.
Bermain sosial seperti melentang badan & tunjukkan perutnya, memeluk, menyerang hendap,mengejar ekor,melompat ,menari-nari dan menjilat. Bermain Objek termasuk menyepak/tampar, melambung,  gongong ,menekup objek dan memegang.


 Ketika umur 3 -6  bulan: anak kucing sudah mula menilai “kedudukan”(ranking) di dalam masyarakatnya.  Anak kucing sudah boleh menerima rakan sepermainannya ataupun kehadiran spesies lain. Mereka sudah boleh kenalpastikan kedudukannya di dalam satu masyarakat(samada ketua dominasi atau pengikut) dalam isi rumah, termasuk juga terhadap manusia.

Ketika umur 6- 18 bulan: anak kucing sudah memasuki alam remajanya  dan mereka akan beranikan diri serta meningkatkan penerokaan dominasi, termasuk manusia mencabar kedudukannya.Semasa umurnya sebegini,  Kucing mengalami permulaan tingkah laku terhadap kehendak seksual.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...