Sunday, August 21, 2016

Perlukah Bapa Kucing dijauhkan dari anak-anaknya yang baru lahir?

Walaupun sesetengah bapa kucing tidak mengundang ataupun menunjukkan sikap agresif yang berbahaya terhadap anak-anaknya sendiri yang baru dilahirkan, disarankan sebagai langkah-langkah terbaik untuk keselamatan adalah menjauhkannya dari mereka, buat sementara waktu.
Secara umumnya ada di antara bapa kucing akan menyerang dan membunuh anak-anak mereka sendiri sebagai satu cara untuk mendapat perhatian dari ibu kucing ibu dan menghalang si ibu kucing dari kesibukan memberi tumpuan kepada anak-anaknya .Dengan membunuh kesemua anak-anaknya akan membolehkan si ibu kucing kembali kesuburan (estrus) untuk tujuan mengawan. Bapa kucing juga kadang-kadang membunuh anak-anak yang bukan dari benihnya sendiri ataupun anak kucing berbapa lain juga - cara ini adalah bertujuan menghapuskan bukti bapa saingan.


Anak-anak kucing yang baru lahir tidak memerlukan bantuan bapa kucing, tidak ada keperluan untuk mempunyai kucing bapa atau mana-mana kucing jantan lain, ini adalah kerana ibu kucing bertanggungjawab keseluruhannya dalam proses tumbesaran mereka iaitu memberi makan/minum, mendidik, mengajar memburu dan sebagainya sehingga mereka dewasa.


Walaupun ibu kucing akan pastikan kerja-kerja penjagaan anak-anaknya diuruskannya sepenuh masa, ada sesetengah bapa kucing akan menunjukkan sifat bertolak ansur di mana kadang-kadang menghabiskan masa dengan anak-anaknya seperti bermain-main dan lain fizikal aktiviti, walaupun tidak kerap. Bapa kucing bukan sahaja kadang-kadang melibatkan diri dalam menyeronokkan dalam sesi permainan dengan anak-anaknya, mereka juga kadang-kadang membantu untuk mendidik mereka, menjilat mereka untuk kebersihan dan sebagainya.
Namun tingkah laku ini amat luar biasa, agak sukar didapati bapa kucing bersikap begini dan walaupun hidup sebumbung pun mereka lebih suka ambil tidak pedulikan anak-anak kucing.

Secara Umumnya dalam membesar & mendidik anak-anak kucing adalah tanggungjawab si ibu kucing sepenuhnya dan ertikata lainnya ibu kucing tunggal....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...