Sunday, April 9, 2017

Ibu kucing bersedih jika dipisahkan dari anaknya?

 Ibu kucing secara nalurinya tahu masa yang bersesuaian untuk membiarkan ataupun berpisah dari anak-anaknya agar bebas meredah sendiri ke dalam dunia yang besar,yang penuh dengan cabaran dan ancaman bahaya luar. Tetapi adakah si ibu kucing akan mengalami rasa kehilangan ataupun kesedihan disebabkan perpisahan mereka?

Waktu ketika perpisahan antara Ibu dan Anak Kucing
Anak kucing yang baru dilahirkan memerlukan kasih sayang yang berterusan dan perhatian daripada ibu mereka. Ibu Kucing adalah berperanan utama dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam melatih anak-anaknya untuk menghadapi kehidupan sebenar. Ibu kucing akan menjaga setiap aspek kehidupan mereka dan terus melatih mereka dalam sosialisasi, kemahiran memburu dan banyak lagi skill asas untuk mereka perlukan untuk berdikari sepenuhnya.Apabila anak-anak itu telah bercerai susu, biasanya sekitar 10 hingga 12 minggu dan sudah mula boleh memakan makanannya dengan sendiri,membuang najisnya dengan sempurna dan sebagainya. Ianya sudah bersedia untuk berdikari dengan hidupan luar barunya diluar jagaan ibu kucing dan jika dipisahkan dari ibunya tidak menjadi masalah kepadanya serta juga si ibu kucing yang dipisahkan. Biasanya, ibu kucing tidak merasa kecewa dengan keadaan ini, dan dia akan meneruskan hidupan normal selepas dipisahkan daripada anak-anaknya.

Tanda Ibu kucing bersedih jika dipisahkan dari anaknya.
Ya, ibu kucing berkemungkinan besar akan rasa kehilangan anak-anaknya jika dipisahkan terlalu awal iaitu masih lagi dalam penyusuan ataupun dibawah umur 4-5 minggu . Perubahan tingkah laku adalah tanda yang paling jelas untuknya menunjukan kesedihannya. Antara tingkahlakunya adalah berterusan mencari-cari anak-anaknya di sekitar rumah, mengiau-giau (memanggil anak-anaknya) atau kurang selera makannya atau waktu tidurnya yang tidak teratur adalah tanda-tanda umum si ibu kucing berasa kesedihan kerana kehilangan anaknya. Sesetengah kucing mengalami personaliti atau tingkah laku perubahan juga. Sebagai contoh, kucing dahulunya yang suka menyendiri berubah menjadi rapat dan memerlukan perhatian daripada tuannya, manakala kucing yang dahulunya rapt dengan tuannya pula berubah menjadi menyendiri seperti gemat menyembunyikan diri dan mengabaikan kehadiran tuannya.


Ia bukan satu idea yang baik untuk memisahkan anak-anak daripada ibu mereka sehingga mereka telah benar-benar cerai susu, tetapi walaupun begitu, penyingkiran mereka boleh memberi tekanan kepada kedua-dua ibu kucing dan juga anak-anaknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...